Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Sudah Lama Tidak Bertemu, Anak Menangis Rindukan Ashira

by Khai Azfar
October 19, 2020
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Di laman Twitter, tular mengenai sebuah video yang memperlihatkan anak kepada penyanyi Ashira Aziz, Megat Shazril Haziq Hadi, 14 mengalirkan airmata ketika menyaksikan ibunya membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza minggu kedua sekali gus membuatkan hati sesiapa sahaja akan sebak.

Tiga Minggu Tidak Bertemu

Video tersebut telah dimuat naik oleh kakak kepada Ashira, Shasha Aziz di laman Twitter sebaik sahaja penyanyi yang popular dengan single Di Ombak Resah ini mahu membuat persembahan.

https://murai.my/wp-content/uploads/2020/10/t_video6082441382180422139.mp4

Difahamkan, Ashira sudah tiga minggu tidak bertemu dengan anaknya yang kini di bawah jagaan sementara Shasha sekaligus membuatkan emosi Shazrl tidak dapat dibendung lagi yang menitiskan air mata kerinduan kepada ibunya.

“Memang rindu sangat kepadanya tetapi apakan daya saya masih lagi berjuang dalam GV7. Saya menangis bila melihatkan video itu dimuat naik oleh kakak, tidak terluah dengan kata-kata.

“Sekarang saya masih berjuang dalam rancangan ini. Insya-Allah apabila tamat nanti saya akan mencari rumah dan kami dapat duduk kembali bersama seperti dulu,” kata Ashira.

Menang Anugerah CUCKOO

Dalam pada itu, Ashira yang menyampaikan lagu Sempurna yang didendangkan oleh Andra & The Back Bone menganggap lagu tersebut sebagai pembakar semangat untuknya meneruskan hidup dengan sempurna selepas ini. Meskipun berstatus ibu tunggal, dia tetap mahu mencari kesempurnaan untuk keluarga kecilnya itu dan menganggap Shazril adalah segala-gala buatnya.

“Doakan supaya saya kuat menempuh dugaan ini. Dalam keadaan berjauhan dengan anak, saya hanya minta agar dikuatkan hati sahaja,” tambahnya.

Bagi minggu kedua ini juga, Ashira yang menduduki kedudukan keempat berjaya memenangi Anugerah CUCKOO Healthy Home yang diterimanya setelah yang menerima ‘tweet’ yang paling tinggi di laman Twitter. Terdahulu, Ashira diarahkan keluar dari rumah sewa beberapa bulan yang lalu. Dia yang kehilangan mata pencarian akibat impak pandemik COVID-19 terpaksa ‘menyerahkan’ Shazril kepada Shasha dan dia pula kini menumpang di rumah kakak kelimanya, Sharifah Nur Azita.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
AshiraAshira Gegar VaganzaGegar Vaganza 2020GV7
https://lomp.at/xszea
Share22Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem