Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Selangor dan Kuala Lumpur menghadapi sekali lagi gangguan bekalan air, selepas yang terakhir pada hari Ahad (18 Oktober).

Kebanyakkan penduduk terpaksa  bergantung pada lori tangki air dari Air Selangor yang datang pada waktu yang tidak dijangka, di mana rata-rata rakyat Selangor terpaksa duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Bersyarat (PKP).

Di sebalik kesukaran ini, pendakwah yang terkenal dan sering membantu orang dalam kesusahan, Ustaz Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan. Sebelum ini Ustaz membantu pelajar universiti terkandas di asrama mereka, dia mengatur bas untuk membawa mereka pulang.

IKLAN

Untuk membantu rakyat Selangor yang menderita tanpa air,  Ustaz membeli dua trak air untuk diagihkan. Dia berkata pengagihan bekalan air telah dibuat sejak jam  10 malam (19 Oktober 2020) hingga  subuh dan sehingga sekarang masih belum selesai.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.”- tulisnya di Facebook.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua. Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.”- tambahnya lagi.

Foto: Facebook Ebit Lew
Foto: Facebook Ebit Lew
Foto: Facebook Ebit Lew
Foto: Facebook Ebit Lew
Foto: Facebook Ebit Lew

Alhamdulillah, kagum dengan sikap Ustaz , sampai bekalan air pun dia boleh tolong agihkan. Smoga Allah permudahkn segala urusan dan murahkan rezeki Ustaz di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada Ustaz!