Berbagai sumber mengatakan bahawa kopi boleh memberi beberapa kesan yang positif pada kulit. Selain dari melambatkan penuaan pramatang pada kulit kerana kandungan antioksidannya yang membantu melegakan kerengsaan pada kulit. Selain itu, jika disapukan secara langsung, kopi juga dapat membantu mengurangi bengkak pada kawasan mata serta dapat menghilangkan selulit.

Hasil carian dari pelbagai sumber, kami akan menjelaskan dengan lebih terperinci lagi 5 khasiat kopi untuk kecantikan kulit.

IKLAN

Antioksidan

via filosofikopi.com

Berdasarkan laporan Byrdie, kopi dikatakan mengandungi flavonoid atau antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Kandungan ini dapat membantu penuaan pramatang dengan melawan radikal bebas yang berasal dari keadaan cuaca panas, cahaya dan juga pencemaran.

Menghilangkan Kantung Mata

via health.detik.com

Bukan hanya dapat membantu seseorang merasa terjaga atau lebih cergas, tetapi kopi juga dapat menghilangkan kantung mata di wajah. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat meningkatkan peredaran darah. Apabila disapukan terus ke wajah, kopi dikatakan dapat membantu bagi mengurangkan kantung mata.

via blogspot.com

Sekiranya anda ingin menggunakan kopi untuk mengurangkan kantung mata, anda boleh mencampurkan setengah sudu teh serbuk kopi dengan minyak zaitun dan sedikit air, kemudian sapukan pada keseluruh kawasan kantung mata. Biarkan selama 5-10 minit, kemudian basuh muka dengan air yang bersih.

Menghilangkan Selulit

via esc-asia.com

Menurut sumber dari Healthline, kopi juga dapat membantu bagi mengurangkan masalah selulit pada kulit. Ini masih berkaitan dengan kemampuan yang terdapat pada kafein untuk melebarkan saluran darah dan juga dapat meningkatkan peredaran darah secara keseluruhan. Jadi, jika digunakan secara langsung di atas permukaan kulit, kopi dapat membantu mengurangkan selulit.

Untuk mendapatkan faedah ini, anda boleh cuba untuk menggunakan kopi sebagai lulur badan. Tidak hanya dapat meningkatkan peredaran darah, kaedah ini juga dikatakan mampu untuk melicinkan kulit.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa kesan ini sebenarnya tidak kekal kerana kopi hanya membantu menghilangkan selulit pada bahagian permukaankulit sahaja. Sebagai tambahan, jika kulit anda menunjukkan reaksi alergi setelah menggunakan kopi sebagai lulur badan, anda harus berhenti dari meneruskannya.

Mengurangkan Jerawat

via magazine.job-like.com

Kopi juga dapat membantu untuk mengurangkan dan boleh merawat jerawat. Ini adalah kerana kandungan asid klorogenik yang terdapat dalam kopi mempunyai kesan anti-radang dan anti-bakteria. Apabila digabungkan dengan sifat pengelupasan semula jadi dari kopi, ia dikatakan dapat membantu memerangi jerawat pada kulit.

Meredakan Kegatalan

via 1health.id

Kopi mempunyai kesan yang menenangkan pada kulit. Dengan itu, kopi dan kandungan antioksidannya dapat membantu melegakan bengkak atau kemerahan pada kulit. Untuk mendapatkan manfaat ini, anda boleh menggunakan atau menyapukan terus kopi pada kulit.