Memakan daging itik sememangnya sangat enak jika ia dimasak dengan cara yang betul. Hal ini kerana daging itik terkenal dengan teksturnya yang agak liat jika dibandingkan dengan tekstur daging ayam. Anda tidak perlu risau untuk memasak daging itik supaya lembut kerana bahan-bahan yang diperlukan amatlah mudah untuk dijumpai. Di sini Murai My shortlist 6 petua memasak daging itik agar empuk dan tidak berbau hanyir. Stay tune guys!

1Pilih Daging Itik Yang Segar

via Unilever Food Solutions

Cara memasak daging itik sehingga empuk bermula dari pemilihan daging itu sendiri. Adalah baiknya jika memilih daging itik yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Hal ini kerana ianya mempunyai tekstur yang kenyal dan sedap untuk dimakan.

IKLAN

2Lumur Dengan Perahan Limau Nipis

via university health news

Seterusnya untuk menghilangkan bau hanyir pada daging itik, anda boleh melumurkan air perahan limau nipis. Kemudian anda biarkan selama 30 minit dan basuh sehingga bersih. Aroma yang dihasilkan oleh limau nipis ini sangat berguna untuk meneutralkan bau hanyir pada daging itik.

3Menggunakan Daun Betik

Daun betik juga menjadi salah satu bahan yang boleh digunakan untuk melembutkan daging itik. Daun betik juga boleh digunakan untuk melembutkan pelbagai jenis daging yang lain. Caranya adalah anda hanya perlu meramas daun betik sehingga getahnya keluar. Kemudian,  lumurkan pada daging itik dengan daun betik dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, anda boleh membasuh daging itik sehingga bersih.

4Merebus Dengan Rempah Dan Garam

Menambah rempah-rempah seperti halia, lengkuas, dan kunyit ke dalam rebusan daging itik adalah antara cara yang berkesan untuk memasak daging itik supaya lembut. Selain itu, menambahkan garam ke dalam rebusan daging itik juga boleh menjadikan daging itik lebih sedap. Proses mendidih ini hanya menggunakan api sederhana selama 1 hingga 2 jam.