Saturday, June 25, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Tak Sangka! Begini Kisah Tragis Kakak Shah Rukh Khan Yang Tak Ramai Tahu

by Phic Arman
October 23, 2020
Tak Sangka! Begini Kisah Tragis Kakak Shah Rukh Khan Yang Tak Ramai Tahu
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Hampir semua ahli keluarga pelakon Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) dikenali oleh orang ramai, dari isterinya hingga tiga anaknya. Tetapi ada satu ahli keluarga SRK yang jarang didedahkan oleh media.

Dia adalah kakak kandung SRK, Shehnaz Lalaruk. Setelah disiasat, Shehnaz jarang dilihat di khalayak ramai kerana dia menghidap penyakit serius.

Dipetik dari FilmBeat, SRK pernah berbicara mengenai keadaan kesihatan kakak kesayangannya itu dalam temu bual beberapa tahun yang lalu, yang baru-baru ini muncul kembali.

Alami Kemurungan

Shehnaz Sewaktu Kecil Bersama KEdua-dua Ibuabapanya

Dia mengatakan bahawa ketika ayah mereka, Mohammed Khan meninggal kerana kanser, kakaknya mengalami kemurungan.

“Dia tidak menangis, dia tidak mengatakan apa-apa, dia hanya jatuh dan memukul kepalanya ke tanah.”

“Dua tahun kemudian, dia tidak menangis, dia tidak bercakap, dia terus memandang ke langit.”

“Itu baru mengubah dunianya, dia lebih baik sekarang, tapi dia masih mengalami sedikit kesan”

Kakaknya kemudian dimasukkan ke hospital lagi ketika SRK sedang menjalani penggambaran filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Pada masa itu, doktor telah mengatakan bahawa keadaan kakaknya tidak dapat diselamatkan. Namun, SRK tidak hanya berputus asa dengan kata-kata doktor.

IKLAN

Pelakon berusia 53 tahun itu terus membawa Shehnaz ke Switzerland. Dia menjaga kakaknya di sana semasa menjalani penggambaran Tujhe Dekha Toh Yeh Song Jaana Sanam.

“Tetapi dia tidak pernah pulih daripada kehilangan ayahnya dan ia menjadi lebih teruk kerana ibu saya juga meninggal 10 tahun kemudian,” katanya.

Seorang Yang Pintar

Bercakap mengenai kekuatan kakaknya, SRK mengatakan Shehnaz adalah seorang wanita yang pintar. Malah Shehnaz sempat belajar undang-undang.

“Dia sangat berkelayakan, dia belajar MA LLB (Sarjana Muda Perundangan), dan dia sangat cerdas seperti yang diinginkan oleh ibu bapa saya.”

“Tetapi dia tidak dapat menghadapi kenyataan kehilangan orang tuanya,” katanya.

SRK menjadi emosional ketika bercakap tentang adiknya lebih jauh.

“Saya sayang kakak walau apa terjadi pada dia. Dia adalah orang yang jauh lebih baik daripada saya.”

“Saya fikir dia adalah anak Tuhan, sangat naif dan tidak bersalah. Anak-anak saya lebih menyayanginya daripada mereka mencintai isteri dan saya,” katanya.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Mohammed Khanshah rukh khanShehnaz Lalaruk
Share24Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Bollywood

Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Mas Ayu
June 20, 2022

Pelakon jelita yang semakin meningkat naik namanya dalam industri perfileman bollywood, Sara Ali Khan, mencuri tumpuan ramai dengan muatnaik terkininya...

Read more
Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu
Bollywood

Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu

by Mas Ayu
June 17, 2022

Sebut saja nama Preity Zinta, pasti tergambar senyuman manis bersama lesung pipi terpacar di ingatan yang mengenali pelakon bollywood tersebut....

Read more
Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bollywood

Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri

by Aphit J.
May 1, 2022

Setiap tahun, bukan saja selebriti di Malaysia menjadi tumpuan peminat setiap kali tiba musim perayaan. Selebriti di Bollywood juga tidak...

Read more
Netizen Bangga Dan Puji Kerusi Rekaan Isteri Shah Rukh Khan Cantik
Bollywood

Netizen Bangga Dan Puji Kerusi Rekaan Isteri Shah Rukh Khan Cantik

by Mas Ayu
March 25, 2022

Siapa yang tidak kenal isteri kepada pelakon bollywood legenda Shah Rukh Khan, Gauri Khan yang merupakan seorang pereka dalaman, perabot...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    “Aku Tak Menyorok La Sia*!”- Syamsul Yusof Tegur Portal Berita Terkenal

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera