Khabar duka telah menyelubungi rakyat Brunei hari ini, 24 Oktober 2020. Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Haji Abdul Azim mangkat pada jam 10.08 pagi. Radio Televisyen Brunei mengesahkan berita itu dalam pengumuman rasmi menerusi laman facebook.

Berikut Murai MY kongsikan 5 fakta mengenai Allahyarham Pengiran Muda Abdul Azim yang mangkat pada usia 38 tahun.

IKLAN
5

Pendidikan

Menurut tinjauan Murai MY menerusi Wikipedia, Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 29 Julai 1982, Pengiran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes.

4

Menjalani Latihan Ketenteraan

Pada tahun 2008, Pengiran Abdul Azim juga mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

3

Bersahabat Baik Dengan Mariah Carey

Pengiran Abdul Azim dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey. Di pesta ulang tahun Azim ke-30, sekitar pertengahan 2012, Carey turut serta hadir memeriahkan acara. Turut hadir,  aktres Pamela Anderson dan Raquel Welch.

2
048_yny_1sht_V1.indd

Seorang Penerbit

Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpuengkalan di London, Daryl Prince Productions yang menghasilkan filem You’re Not You.

1

Aktif Dalam Kerja Amal

Pada tahun 2009, dia telah mereka beg tangan yang sesuai dipakai oleh wanita dan lelaki untuk jenama ternama MCM. Hasilnya diserahkan ke Make A Wish Foundation UK, sebuah badan amal di mana dia adalah salah satu penderma.

Pada 27 April 2013 pada perasmian Kongres Rangkaian Autisme ASEAN (AAN) ke-2, dia mendesak agar sokongan yang sewajarnya diberikan kepada keluarga dengan anggota keluarga autisme.

Sumber WIKIPEDIA