Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Ini Jumlah Kekayaan Pengiran Muda Abdul Azim Yang Ditinggalkan Setelah Mangkat

by Zaidin Albert
October 26, 2020
688
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada usia 38 tahun begitu mengejutkan seluruh rakyat Brunei. Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar

Susulan dari berita kemangkatan Pengiran Muda Haji Abdul Azim,  sebuah blog hiburan dari Brunei berkongsi nilai anggaran kekayaan baginda yang ditinggalkan. Dianggarkan bahawa harta baginda bernilai kira-kira USD 5 bilion atau sekitar RM20.83 Billion.

Dari laporan TopMost10, laman ini menyebut, baginda merupakan individu paling kaya di Brunei selain Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Kedudukan tempat kedua adalah Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu pewaris takhta Sultan Brunei.

Selain kekayaan dari  gelaran sebagai kerabat diraja Brunei, pendapatan yang baginda hasilkan adalah sebagai penerbit bagi sebuah syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions.

Antara filem yang dikeluarkan adalah seperti ‘The Happy Prince,’ ‘You’re Not You’ dan ‘The Time Of Their Lives’. Daryl Prince Productions Ltd ditubuhkan pada 18 September 2012 dan dan terus mengeluarkan filem bergenre komedi selama lapan tahun terakhir.

Menurut Celebrity Net Worth, dia juga aktif dalam kerja amal. Dia adalah tetamu kehormat di dua acara amal utama seperti program “Seeing is Believing” dan di Konsert amal ‘Sounds of Hope’, yang kedua-duanya diadakan di Brunei.

Dia juga merupakan salah satu penderma yang terkaya di Yayasan Make a Wish. Sebagai tambahan kepada kerja amal dalam yayasan tersebut, baginda pernah mereka sebuah beg tangan unisex untuk MCM, hasilnya disumbangkan kepada organisasi.

Baginda yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 itu telah melanjutkan pendidikan di antara institusi pengajian tertinggi di dunia. Dia belajar di England, di Leighton Park School di Berkshire dan Oxford Brookes University di Oxford.

Putera Yang Dirindukan, Azrinaz Akui Sudah Lama Tak Bersua Dengan Anakanda Sultan Brunei

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst. Ia adalah sebuah akademi di mana kerabat diraja di seluruh dunia menjalani latihan ketenteraan. Dia menjadi satu-satunya ahli keluarga diraja di dunia yang berhenti dari akademi tersebut setelah hanya satu minggu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Abdul AzimAzimbruneiPengiran Muda Abdul AzimPutera Abdul Mateen BolkiahSultan Brunei
https://lomp.at/t3g1n
Share300Tweet162SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem