Menurut laman Soompi, Song Joong Ki, Jeon Yeo Bin, dan Taecyeon 2PM disahkan bakal memainkan watak utama dalam drama tvN yang terbaru. Anda tentu tertanya-tanya tentang drama terbaru ini bukan? Scroll sampai habis okay!

Sinopsis Drama Vincenzo

Drama tvN yang terbaru ini mengisahkan seorang peguam Itali dan consiglier mafia bernama Vincenzo Cassano (Song Joong Ki), yang berpindah ke Korea kerana konflik dalam organisasinya dan terlibat dengan peguam yang tough, Hong Cha Young (Jeon Yeo Bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan menggunakan kaedah yang digunakan oleh penjahat.

IKLAN

Song Joong Ki Jadi Mafia

Song Joong Ki memainkan watak sebagai seorang peguam Itali dan consiglier Mafia Vincenzo Cassano, yang berketurunan korea dan dibesarkan oleh keluarga angkat Itali pada usia yang muda. Dilengkapi dengan kemahiran dan karisma yang tiada tandingannya, Vincenzo Cassano hidup untuk membalas dendam. Beliau menemui cartel semasa ketibaannya di Korea. Beliau mendapati dirinya untuk menyelesaikan isu tersebut apabila beliau terlibat dengan Hong Cha Young, seorang peguam yang akan melakukan apa sahaja untuk menang dalam kes.

Turut Dibintangi Oleh Jeon Yeo Bin Dan Taecyeon 2PM

Jeon Yeo Bin memainkan watak sebagai seorang peguam yang terbaik di sebuah firma guaman Woosang di Korea. Beliau lebih tertarik dengan keuntungan atau kerugian situasi seseorang, berbanding sama ada mereka baik atau jahat. Namun, beliau mula berubah setelah bertemu dengan Vincenzo Cassano.

Taecyeon 2PM memainkan watak sebagai Jang Jun Woo,seorang intern yang tampan dan pintar di sebuah firma guaman dan mempunyai pengalaman tinggal di luar negara. Beliau mempunyai ciri keperibadian yang sedikit clumsy dan aneh. Beliau meletakkan kepercayaan yang mutlak terhadap seniornya, Hong Cha Young dan kemunculan Vincenzo Cassano mencetuskan semangat persaingannya.

Menghukum Penjahat Dengan Cara Kejahatan

Menurut produksi, Vincenzo adalah komedi hitam mengenai dark heroes yang menghukum penjahat dengan cara kejahatan. Sinergi antara watak unik sama pentingnya dengan tema kreatif dan plot dinamiknya. Barisan pelakon yang sempurna akan memaksimumkan sifat setiap watak dan membawanya ke realiti yang kini sudah lengkap. Drama Vincenzo dijadualkan untuk tayangan perdana pada tahun 2021 kelak.