Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Bosan Di Rumah? Ayuh ‘WFH’ Di 7 Hotel Ini Bermula RM19!

by Khai Azfar
October 28, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika diumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selama lagi dua minggu, pelbagai reaksi telah dikongsi oleh warganet.

‘WFH’ Di 7 Hotel Ini Serendah RM19!

Rata-ratanya bersetuju dan menerima baik pelaksanaan tersebut apatah lagi ingin mencegah penularan wabak COVID-19 dalam negara. Namun begitu, ada diantaranya berasa bosan untuk bekerja di rumah apatah lagi ‘terikat’ dengan pelbagai kerja-kerja rumah dan tidak terkecuali perlu melayan kerenah anak-anak kecil yang mungkin menganggu konsentrasi kerja mereka.

Untuk itu, apa kata lakukan sahaja kerja-kerja anda di hotel berikut. Ini kerana beberapa hotel di Lembah Klang dan di beberapa negeri lain telah menawarkan promosi khas ‘Work From Hotel’ dengan harga dan pakej yang menarik. Berikut kami kongsikan beberapa pilihan yang mungkin berhampiran lokasi rumah anda. Bagaimanapun, perlu diingatkan jangan sesekali merentas daerah!

OYO Malaysia

Antara rangkaian hotel bajet terbanyak di Malaysia! Menawarkan harga serendah RM19, anda boleh memilih OYO Hotel pilihan anda dengan hanya memasukkan lokasi terkini dan pautan mereka akan memberikan lokasi hotel yang berhampiran.

Website : OYO Hotel 

The Chow Kit- An Ormond Hotels

Terletak di jalan Chow Kit, anda boleh menikmati ‘WFH’ dengan tawaran pakej yang cukup menarik. Dengan hanya RM30, anda boleh menikmati minuman kopi ‘free flow’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 7 malam.Inilah masanya untuk menikmati ‘feel’ kerja di hotel yang menerima pelbagai pengiktirafan ini.

Topik Berkaitan Menginap Ringkas Tapi Puas: 5 Hotel Moden Bajet di Kuala Lumpur & Putrajaya

Website : The Chow Kit- An Ormond Hotels

AnCasa Hotel

Dengan tawaran harga RM99, anda bakal mendapat satu set makanan dan boleh memulakan kerja anda di sini bermula jam 9 pagi hingga 8 malam. Ingin tukar fikiran dan menginap disini? Cuma tambah RM50 dan anda boleh menginap di AnCasa Hotel selama 2 hari 1 malam.

Website : AnCasa Hotel

HolidayInnExpress Kuala Lumpur

Parkir percuma,minuman kopi ‘free flow’ dan anda boleh menggunakan semua kemudahan hotel! Harga ‘WFH’ yang ditawarkan oleh HolidayInnExpress Kuala Lumpur ini hanya serendah RM85 sahaja.

Website : HolidayInnExpress Kuala Lumpur

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Harga pakej yang ditawarkan mungkin agak sedikir mahal, tetapi berbaloi dengan status nya sebagai hotel 5 bintang! Pakej serendah RM190, anda boleh duduk di bilik hotel pilihan selama 9 jam bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. Malah anda juga bakal mendapat akses ke Health Club & Spa mereka dan parkir percuma turut akan diberikan. Penat bekerja, bolehlah rehatkan diri di spa mereka bukan?

Website : Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Four Points By Sheraton Puchong

Terletak di lokasi yang strategik di Puchong, Four Points By Sheraton Puchong antara hotel yang terawal menawarkan pakej WFH buat mereka yang ingin dapatkan kemudahan di sini. Dengan harga hanya RM100, anda bukan sahaja boleh dapatkan ruang sendiri malah ruangan parkir juga adalah percuma! Untuk kemudahan ini ianya bermula jam 11 pagi hingga 7 petang.

Topik Berkaitan Wow, Gelongsor Dalam Bilik? Inilah Sebab Dream Kingdom Hotel Melaka Jadi Rebutan Keluarga dan Kanak-Kanak

Website : Four Points By Sheraton Puchong

Le Meridien Putrajaya 

Satu lagi hotel yang bagi kami cukup strategik! Ini kerana Le Meridien Putrajaya terletak di bersebelahan pusat membeli belah terkenal, IOI City Mall Putrajaya. Dengan tawaran harga  RM180 bermula jam 11 pagi hingga 7 petang, dikhabarkan fasiliti di sini juga anda boleh gunakan sepenuhnya!

Website : Le Meridien Putrajaya 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19hotelWork From Hotel
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara