Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Chiwan Tersingkir, ‘Bunga Raya’ Adalah Aina Abdul?

by Khai Azfar
October 28, 2020
86
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas enam minggu bersiaran, kini pentas Separuh Akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia bakal menyaksikan 6 selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim pertama The Masked Singer Malaysia.

Chiwan Tersingkir

Sementara itu, pada minggu keenam yakni suku akhir program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu telahpun menyaksikan tiga selebriti iaitu Rajah Brooke, Wau dan Reno terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’. Malang sekali dengan markah terendah sebanyak 72%, identiti Chiwan Chilok di sebalik kostum Reno terpaksa didedahkan kepada juri dan para audiens setelah tersingkir.

Menurut Chiwan,dia berasa terharu kerana rata-rata penonton program The Masked Singer Malaysia berjaya meneka namanya ketika mengenakan kostum Reno, dan tidak menyangka ramai yang mengenali suaranya biarpun dirinya kurang dikenali ramai.

“Berdasarkan apa yang saya tengok di Instagram dari minggu pertama lagi, ramai yang teka nama saya. Kiranya saya diterima dalam industri ini. Dengan suara saja orang boleh kenal, kiranya mereka betul-betul hargai kita.”

Beliau juga menyatakan terpaksa menahan diri daripada membalas mesej yang dihantar pengikut di ruangan pesanan. “Banyak yang komen dan tagged saya. Saya diam sahaja tak cakap apa-apa. Selalunya saya tak macam ni, saya akan melayan setiap mesej yang diterima.” katanya dalam edaran kenyataan pihak media

Aina Si Bunga Raya?

Dalam pada itu, perhatian turut diberikan buat salah seorang peserta yang memakai kostum Bunga Raya yang dilihat antara saingan yang cukup sengit di kalangan semua finalis. Rata-rata peminat telah meneka bahawa figura disebalik kostum itu adalah penyanyi popular, Aina Abdul.

Aina Abdul Cipta Sejarah Sendiri, Dipilih Nyanyi Lagu Rasmi ASEAN Summit 2025
via Instagram Aina Abdul

Berdasarkan petunjuk yang diberi dan lenggok gayanya ramai yang berpendapat ianya adalah penyanyi yang kini popular dengan single Kelip-Kelip itu.

Pada minggu ini, antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Rafflesia dan Bunga Raya akan diumumkan sebagai finalis sebelum kesemua identiti didedahkan secara rasmi buat tatapan juri dan penonton.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aina abdulChiwanthe masked singer
https://lomp.at/4353t
Share35Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem