Keluarga diraja Negara Brunei Darussalam berkabung kerana mereka baru sahaja kehilangan Putera kesayangan mereka, Pengiran Haji Abdul Azim pada hari Sabtu, 24 Oktober 2020.

Menerusi sebuah muatnaik posting terbaru dari Pengiran Muda Abdul Mateen atau Prince Mateen di Instagram semalam (27/10), Mateen telah mendedahkan bahawa kekandanya menghidap penyakit vaskulitis sistemik yang teruk yakni merupakan penyakit autoimun. Mateen memberitahu, Pengiran Azim mengalami kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, kerana penyakit autoimun.

Penjelasan dari Mateen ini mendapat reaksi dari pelbagai komen di seluruh dunia, termasuklah ucapan takziah dari Tunku Abdul Rahman, Tengku Puteri Iman Afzan dan model antarabangsa, Naomi Cambell.

IKLAN

Naomi Cambell mengucap takziah kepada Mateen dan berkata foto yang dimuatnaik oleh Mateen itu cukup bermakna untuk dirinya.

“Ini adalah bagaimana saya bertemu anda berdua pada tahun 90-an dengan pakaian seperti ini, saya tidak akan lupa hari itu. Azim telah memberikan sinar dan kegembiraan kepada semua yang mengenalinya.

Katanya lagi, Pengiran Azim dibaratkan sebagai malaikat di bumi yang sentiasa berada di dalam hatinya.

“Azim memiliki naluri yang kuat dan bersifat pelindung! Dia adalah malaikat di bumi ini. Saya akan selamanya menyimpan dia di hati saya. Takziah saya ucapkan kepada anda, Pengiran Mateen dan keluarga anda”- tulis Naomi di dalam salah satu komen di Instagram Mateen.

Pengerian Azim pernah bersama dengan Naomi Campbell di pertunjukan fesyen Marc Jacobs selepas pesta fesyen di London Fashion Week pada tahun 2007.

Selain berkawan rapat dengan Naomi Campbell, Pengiran Azim sering mengadakan beberapa acara bersama tetamu selebriti terkenal yang termasuklah Mariah Carey, Sophia Loren, Marisa Tomei, dan Pamela Anderson.

Selain itu, dia juga dilaporkan cukup dekat dengan Raja Pop, mendiang Michael Jackson dan adiknya, Janet Jackson.