Sebut sahaja bintang k-pop, sudah penuh nama-nama yang bermain di minda. Namun, anda jangan terkejut bahawa terdapat beberapa bintang k-pop tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan. Adakah bintang k-pop kesayangan anda turut tersenarai? Scroll sampai habis okay!

1Kim So Hyun

Aktress yang terkenal dalam drama Moon Embracing The Sun ini memulakan kerjayanya ketika berusia 7 tahun dan sejak itu beliau aktif dalam industri. Dalam satu temu bual, Kim So Hyun mengakui bahawa beliau percaya mengapa beliau tidak pernah bercinta adalah disebabkan beliau sudah menggambarkan percintaan dalam setiap drama yang dilakonkannya. Beliau turut mengakui bahawa setelah drama berakhir, terasa seperti hubungan yang sebenar turut berakhir sehingga beliau merasakan tidak perlu untuk bercinta dalam kehidupan sebenar.

IKLAN

2Yeo Jin Goo

Aktor kacak yang terkenal dalam drama Hotel del Luna ini memulakan kerjayanya pada umur 8 tahun dan masih aktif dalam industri lakonan sehingga kini. Dalam wawancara Access Showbiz Tonight, Yeon Jin Goo mengakui bahawa beliau tidak mempunyai keinginan untuk bercinta atas sebab-sebab tertentu, tetapi beliau percaya bahawa cara yang terbaik menemui seseorang adalah secara semulajadi dan organik.

3Nam Ji Hyun

Aktres ini mengakui bahawa beliau tidak pernah menjalinkan hubungan selepas drama 100 Days My Prince. Beliau menyatakan bahawa beliau sudah tahu bagaimana dan rasanya date kerana sudah menggambarkannya berkali-kali dalam layar. Nam Ji Hyun  menyatakan bahawa beliau berharap hubungannya di masa hadapan akan menjadi lebih selesa dan lebih semula jadi.

4Rosé (BLACKPINK)

Ahli kumpulan k-pop yang terkenal di seluruh dunia itu mengejutkan peminat dan netizen oleh satu pengakuannya bahawa beliau tidak pernah bercinta semasa beliau muncul dalam Park Jin Young’s Party People. Walaupun Rosé tidak pernah bercinta, beliau masih tahu apa yang beliau mahukan. Lelaki ideal yang Rosé mahukan adalah lelaki yang mempunyai suara yang bagus dan pandai bermain gitar.

5Hwang Min Hyun (NU’EST)

Hwang Min Hyun dari kumpulan NU’EST ini membuat pengakuan dalam rancangan Happy Together 4 bahawa beliau pernah menjalinkan hubungan secara online semasa beliau masih sekolah menengah. Namun, beliau tidak pernah mempunyai teman wanita yang sebenar. Beliau pernah berhadapan dengan skinship atau sentuhan fizikal pertamanya dengan seorang wanita ketika NU’EST fan meeting.

6Lee Dae Hwi (AB6IX)

Dalam satu rancangan Amazing Saturday-DoReMi Market, Lee Dae Hwi dari kumpulan AB6IX turut mengakui bahawa beliau tidak pernah menjalinkan hubungan dengan sesiapun sebelum ini. Walaupun beliau sedih dengan kenyataan ini, beliau turut berharap beliau akan menjadi teman lelaki yang hebat jika menjalinkan hubungan. Girls, you got a chance!

7Jeon Somi

Penyanyi dan penulis lagu ini walaupun masih muda iaitu berumur 19 tahun, beliau tetap menyatakan hasrat untuk bercinta dan mengakui beliau tidak pernah menjalinkan mana-mana hubungan. Dalam rancangan Don’t Be Jealous, beliau mendedahkan bahawa beliau mempunyai dating bucket list yang beliau mahu lakukan apabila menjalinkan hubungan di masa akan datang.

IKLAN