Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

“Kawan Rizqaa!” – Isteri Selamat Bersalin, Ruzaini Timang Anak Lelaki

by Khai Azfar
October 30, 2020
Share on Facebook

Berkongsi khabar gembira, pereka fesyen terkenal Ruzaini Jamil telah memaklumkan isterinya yang tercinta telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Selasa lalu.

Lahir Lebih Awal 

Via Instagram Ruzaini Jamil

Menurut Ruzaini, isterinya, Nurul Hidayati Yahya telah melahirkan bayi mereka lebih awal dari jangkaan dan bersyukur kerana telah membuat persiapan awal. Lahir pada jam 6.35 pagi, mereka kini menimang seorang cahaya mata lelaki dan Ruzaini akui telah menangis terharu saat mengazankan anaknya buat pertama kali.

“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami.

“Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun Alhamdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal.

“Isteri mula mengalami contraction pada jam 12.30am tadi dan tepat jam 6.35am, lahirlah putera yang kami nantikan.

“Mendengar tangisnya, mengazankan khalifah kecil ini, dan menggenggam jari mungilnya…sungguh saya menangis. Betapa besar rezeki Allah kurniakan buat saya dan isteri,” tulis Ruzaini.

Kakitangan Hospital Beri Sokongan 

Meskipun kehadiran ahli keluarga baharu mereka itu tidak dapat diraikan bersama keluarga terdekat berikutan faktor penularan wabak COVID-19,dia tetap bersyukur kerana kakitangan hospital telah memberikan sokongan moral buat dia dan isteri.

“Walapun kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik COVID-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhamdulillah Allah kurniakan doktor dan jururawat yang sangat-sangat memberi sokongan moral buat saya dan isteri memandangkan kami tiada pengalaman,” tambahnya lagi

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan isteri dan anaknya. Malah tidak kurang juga ada yang berseloroh menganggap anaknya itu sudah mempunyai rakan baik kelak iaitu anak kepada rakan perniagaannya, Rizman Nordin yang turut lahir pada awal September lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak selebritiruzaini jamil
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara