Mesti sayang bukan kalau perabot di rumah rosak dek dimakan anai-anai. Dalam masa yang sama kaki katil dan lantai kayu juga turut dimakan. Kos untuk memperbaikinya juga pasti mahal. Pening kepala juga dibuatnya. Akhirnya pasti kita akan berputus asa dan terpaksa menabung untuk membeli perabot yang baru.

Tapi anda tidak perlu risau, sebelum terlambat, apa yang penting kesan dahulu makhluk perosak ini dan cuba selesaikan sebelum ianya akan merosakkan lebih banyak lagi perabot di rumah anda terutama sekali yang diperbuat dari kayu. Di sini, pertama sekali kami di Murai.My akan senaraikan 3 cara untuk anda mengesan anai-anai di rumah anda.

IKLAN

Wujudnya Rekahan Dan Lubang

via blogspot.com

Cuba ambil pemutar skru dan cucuk secara perlahan-lahan bagi mengesan lubang yang ada pada kayu. Perhatikan dengan baik jika terdapat rekahan pada rangka kayu mahupun pintu rumah anda. Jika ada sesuatu seperti berpasir, maka tepatlah anai-anai sedang membiak!

Warna Paquet Bertukar

via propertygurumalaysia

Anda juga boleh mengesan kehadiran anai-anai berdasarkan pemerhatian dari warna kulit kayu pada lantai paquet atau rangka tingkap dan pintu. Kayu yang diserang anai-anai akan berubah warna daripada coklat gelap kebiasaannya kepada warna coklat yang lebih cair.

Banyak Kalkatu

via blogspot.com

Jika kalkatu tiba-tiba banyak di rumah, itu menunjukkan bahawa  ada bahagian dalam kediaman anda yang dihuni bersama anai-anai. Dari sini, anda dapat mengesan dari mana kalkatu itu keluar, maka di situlah anai-anai bersarang.

Selepas sarang anai-anai sudah dapat dikesan, maka langkah seterusnya ialah menghapuskan sarang serangga ini. Jadi, kami senaraikan pula 5 tip untuk anda membasmi anai-anai di rumah anda dan biayai kos kerosakan dengan lebih jimat.

Tembakau

via brilio.net

Penggunaan tembakau dapat menghalau anai-anai dari kediaman anda. Caranya ialah anda hanya perlu mencampurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang telah diserang anai-anai atau semburkan terus ke atas sarangnya.

Air Cucian Beras

via wellagree.com

Air pertama dari basuhan beras boleh digunakan bagi menghalau anai-anai dari terus bersarang. Caranya sangat mudah, hanya sembur atau siramkan terus air pertama basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

Minyak Tanah

via blogspot.com

Kebiasannya orang akan guna minyak tanah untuk membakar tetapi minyak tanah juga sebenarnya boleh digunakan untuk menghalau anai-anai yang bersarang di rumah anda. Anda hanya perlu masukkan sejumlah minyak tanah ke dalam botol semburan dan semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah diserang anai-anai atau anda juga boleh semburkan terus di sarang anai-anai. Namun cara ini mungkin kurang selesa untuk disemburkan di dalam rumah kerana baunya yang agak kuat.

Air Kapur Sirih

via WordPress.com

Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai oleh anai-anai kerana anai-anai memiliki kulit yang sangat nipis dan juga lembut. Air kapur akan membakar kulit serangga ini. Jadi, anda bolehlah menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya hanya semburkan air kapur sirih terus ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau siramkan sahaja terus ke sarangnya.

Garam

via blogspot.com

Tabur garam dapur pada sarang anai-anai. Namun, cara ini juga agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut. Ini kerana garam hanya akan berada di bahagian permukaan sahaja. Jadi bagi memastikan cara ini lebih berkesan, campurkan garam dengan air, biarkan semalaman dan semburkan di kawasan yang terdapat sarang anai-anai pada keesokan harinya.

Selamat mencuba! Semoga tidak ada lagi masalah anai-anai di rumah anda selepas ini.