Kita selalu melihat kehidupan artis kpop semuanya kelihatan sangat sempurna. Kaya, cantik, kacak, lincah menari di atas pentas. Tetapi adakah anda tahu mengenai sisi gelap kpop yang pasti membuatkan anda terkejut dan tidak percaya.

Menerusi perkongsian dari Koreaboo ini, beberapa orang artis pelatih telah membuat pendedahan mengenai sisi gelap kpop yang ramai tidak tahu. Scroll sampai habis okay!

IKLAN

1Artis Pelatih Wanita Bawah Umur Dipaksa Melakukan Hubungan Seks Dengan Pelabur Berusia 40 Tahun

Seorang yang tidak dikenali dan mengaku sebagai artis K-Pop membuat perkongsian kisah yang mengerikan sebelum debut mereka. Beliau menulis dalam satu posting berharap bahawa orang ramai akan mendengar dan lebih memahami dengan lebih banyak tentang sisi gelap perniagaan hiburan.

Para artis pelatih (tiga daripadanya di bawah umur) pergi ke sebuah bar untuk berjumpa dengan beberapa orang pelabur. Mereka dipaksa untuk menuangkan minuman untuk pelabur tersebut yang mana kesemuanya berumur 40 tahun ke atas.

Seorang pelabur yang mana kelihatan paling berkuasa telah tertarik kepada salah ahli kumpulan yang paling cantik dan menarik perhatiannya dan terus membawanya keluar untuk minum kopi. Pelabur tersebut berterusan meyakinkannya untuk “bermain” dengannya.

Pelabur tersebut juga menawarkan wang kepada ahli kumpulan tersebut, tetapi ditolak oleh ahli kumpulan tersebut dan menyebabkan pelabur itu marah dan mengugut bahawa beliau akan memanggil ahli-ahli yang lain.

Pelabur tersebut membawa ahli kumpulan tersebut yang tidak mempunyai telefon bimbit atau wang bersamanya, ke sauna dimana dia akhirnya dipaksa untuk tidur. Apabila beliau bangun, pelabur tersebut meninggalkan wang sebanyak 100$ dan satu pesanan yang mengatakan bahawa pelabur tersebut akan berjumpanya lagi nanti.

Setelah mereka memulakan debut, CEO memberitahu ahli kumpulan tercantik itu sesuatu yang dikatakan oleh pelabur tetapi beliau tidak dapat mendedahkan lagi kerana takut syarikatnya akan menangkapnya mengenai hal itu.

2Prince Mak – JJCC

Prince Mak dari kumpulan JJCC ini merupakan selebriti Australia-China yang mempromosikan solo di China membuat pendedahan mengenai dark rumors industri K-pop dalam episod The Prince Mak Hour. Pertama sekali beliau menyebut mengenai kontrak K-pop yang anggarannya di antara 7 tahun hingga 15 tahun. Kontraknya ditandatangani pada 7 tahun.

Namun, beliau menunjukkan bahawa sebahagian besar kontrak ini mula dikira setelah artis memulakan debut yang bermaksud tahun-tahun latihan tidak diambil kira. Beliau juga membincangkan mengenai jumlah artis yang dibayar, syarikat menuntut 80% – 90% dari pendapatan artis dan selebihnya 10%-20% dibahagi antara ahli. Para artis juga selalu bekerja secara berlebihan dan rata-rata tidur sekitar 3 hingga 4 jam sehari dengan waktu yang digunakan untuk bekerja atau latihan.

Mengenai penampilan dan berat badan pula. para artis akan memeriksa berat badan setiap minggu dan jika melebihi berat yang ditentukan oleh syarikat, mereka akan “dihukum” dengan lebih banyak latihan atau dilarang makan. Prince Mak juga menggambarkan kehidupan sebagai orang asing dalam industri K-Pop sebagai not very foreign-friendly. Beliau menjelaskan bahawa mereka tidak akan memafkan anda kerana anda tidak boleh berbahasa Korea dengan baik.

3Pengalaman Artis Pelatih Lelaki Dengan Sponsorship

Seorang artis pelatih lelaki yang tidak dikenali telah menceritakan pengalamannya dengan seorang penaja. Beliau menjelaskan bahawa seseorang dari agensinya telah memperkenalkannya dengan wanita itu. Beliau mengatakan bahawa wanita tersebut mula memberikannya hadiah dan elaun dari 70$ USD sehingga 180$ USD, yang mana pada awalnya beliau tergoda untuk terima kerana beliau tidak mempunyai pendapatan lain pada waktu itu, Kemudian , wanita itu menawarkan sejumlah wang yang lebih besar iaitu sebanyak 930$ USD dan menggalakkan beliau untuk terimanya dan menggangap wang tersebut sebagai hadiah.

IKLAN

Tidak lama kemudian, wanita itu menghantar SMS kepada artis pelatih itu dan memintanya untuk datang ke rumahnya. Namun, semasa pelawaan tersebut ditolak, wanita itu menjadi marah dan tidak menyangka artis pelatih itu akan menolak selepas apa yang beliau lakukan terhadap artis pelatih itu.

Merasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku, artis pelatih tersebut membuat keputusan untuk memutuskan ikatan dengan wanita itu dan akan membayar semula semua wang yang diberikan oleh wanita itu. Apa yang Beliau tidak sedar adalah bahawa jumlahnya sekitar 18,000$ USD – 27,000$ USD. Perjuangannya sebagai artis pelatih telah sampai ke penghujung kerana membawa beliau kepada hutang yang lebih besar.

4Kisah Bekas Artis Pelatih Kumpulan Wanita Berumur 31 Tahun

Seorang bekas artis pelatih yang berumur 31 tahun itu telah menceritakan penyesalannya pada 10 tahun lepas dalam hidupnya demi mengejar impian untuk menjadi girl group idol. Dia ditinggalkan dengan hutang disebabkan pembedahan plastik yang dilakukan agar kelihatan cantik di TV.

Menurut wanita itu juga, artis pelatih yang mempunyai ketinggian bawah 163cm (5’3″) perlu sepadan dengan debut weight iaitu 38 kg (83lbs). Ketinggian bekas artis pelatih itu adalah 163cm dan menyebabkan beliau kelaparan dan kelaparan selama 10 tahun. Setiap hari Jumaat adalah hari mereka ditimbang berat badan, dan oleh itu beliau mengatakan bahawa beliau mendapati wajahnya akan dipenuhi makanan seperti orang gila pada hari

Sabtu dan Ahad. Lebih-lebih lagi, syarikat itu memasang CCTV di asrama mereka dan mengawasi kehidupan dan memeriksa peti sejuk mereka secara konsisten. Mereka harus makan secara senyap dan walaupun mereka makan, kebiasaannya akan membuangnya semula.

5Kawalan Berat Badan 

Sebilangan besar artis pelatih telah menyebutkan langkah extreme yang mereka ambil untuk mengawal berat badan mereka. Chaeyeon pernah menyatakan bahawa beliau akan memeriksa berat badannya setiap hari dan mengukur pahanya dengan pita pengukur. Beliau turut menyatakan bahawa mempunyai garis panduan umum untuk berat badannya, dan jika beliau melebih garis panduan tersebut, beliau akan dihukum. Beliau menyatakan bahawa ketika bosnya menyuruhnya menurunkan berat badan, beliau harus patuh.

Momo dari kumpulan TWICE juga mendedahkan bahawa beliau kehilangan berat badan sebanyak 7kg (15lbs) dalam satu minggu. Beliau diberitahu oleh syarikatnya bahawa beliau harus menurunkan berat badan sebanyak 7kg untuk berada di atas pentas untuk showcase. Beliau mengaku bahawa beliau tidak makan apa-apa selain sekeping ais selama satu minggu dan pergi ke gym. Beliau juga berusaha untuk meludah dengan kerap dengan harapan ia dapat membantu menurunkan berat badannya. Beliau menjelaskan bahawa ketika berbaring untuk tidur, beliau takut bahawa mungkin beliau tidak akan bangun lagi pada keesokan pagi dan itu membuatnya mahu menangis.

Xiumin dari EXO juga bergelut dalam masalah berat badan sejak debut dan membuat pendedahan semasa mempromosikan lagu Growl, beliau menyatakan bahawa beliau hanya makan dua hari sekali dan minum kopi. Berat badannya hanya 53kg (117 lbs).