Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Ini Padahnya! Netizen Di Korea Dihukum Kerana Komen Tentang Artis K-Pop

by Naddy Joe
October 31, 2020
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap artis K-Pop terpaksa berhadapan dengan netizen yang berniat jahat terhadap mereka, mereka sering berhadapan dengan kritikan disebabkan alasan yang pelik. Kini semakin banyak syarika telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang berniat jahat ini. Berikut adalah beberapa orang netizen mengadapi kesan disebabkan komen mereka mengenai artis K-Pop.Stay tune guys!

Dihukum Disebabkan Komen Terhadap MAMAMOO

Pada tahun 2019, 4 netizen telah didenda kerana menyiarkan komen jahat mengenai MAMAMOO sejak tahun 2017. Antara komen yang ditinggalkan ialah

“They sold their bodies”-Netizen

“What a bunch of lesbians”-Netizen

RBW Entertainment, agensi kepada MAMAMOO menyatakan bahawa mereka mengambil tindakan terhadap 4 netizen yang selalu memberikan komen jahat mengenai MAMAMOO, mereka dikenakan tindakan di atas kesalahan komen jahat, gangguan seksual, penyebaran maklumat palsu, dan fitnah.

Didenda Kerana Komen Terhadap Sunmi

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang disebut sebagai Mr.A meninggalkan komen jahat mengenai Sunmi.

“She looks like a bar hostess”- Mr.A

Pemberi komen ini akhirnya didakwa atas fitnah, berkongsi komen yang membuat mangsa rasa terhina dan malu di laman web yang dilihat oleh banyak orang. Mr. A dijatuhkan hukuman denda sebanyak 500,000 KRW (415 $ USD) oleh Mahkamah Daerah Changwon.

Terpaksa Memohon Maaf Kerana Khabar Angin Palsu Tentang Naeun April 

Pada tahun 2020, seorang netizen yang tidak dikenali telah membuat post online  mendakwa bahawa Naeun April pernah membuli beliau pada masa lalu.

“Oleh kerana apa yang saya lalui di sekolah rendah, saya sering menangis dan membuat kecoh sepanjang masa. Sehingga sekarang, ibu saya akan mengetap giginya setiap kali melihat Naeun di TV”- Netizen

DSP Media, agensi kepada Naeun dengan pantas membantah apa yang dilakukan oleh netizen ini dan menyatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang. Namun beberapa hari kemudian, netizen tersebut akhirnya menulis surat permohonan maaf, dengan menyatakan bahawa khabar angin buli itu semuanya palsu.

“Saya menulis permohonan maaf ini adalah untuk memikul tanggungjawab di atas post di Nate Pann, yang dikongsi pada 22 Julai 2020, Rabu. Semua yang saya katakan tentang sejarah buli Naeun April di sekolah rendah adalah salah. Saya tidak pernah terjejas. Saya meminta maaf kepada Naeun April dan peminatnya kerana menyebarkan khabar angin ini dan menimbulkan masalah. Saya minta maaf.”Netizen

Terpaksa Menulis Surat Permohonan Maaf Kerana Komen Terhadap BTS

Pada tahun 2017, seorang peminat anti-BTS menerima padah apabila membuat posting yang salah dan menyakitkan mengenai BTS. Peminat anti-BTS ini dipanggil untuk siasatan polis dan akhirnya menulis surat permohonan maaf kepada BTS.

“Saya telah menulis beberapa post mengenai plagiarism dan komen kebencian terhadap BTS. Saya berasa malu untuk menulis posting apa yang sayang lakukan. Saya menyesali tindakan saya pada masa lalu dan meminta maaf dengan seikhlas hati. Saya telah dipanggil oleh polis baru-baru ini dan telah menerima siasatan. Polis memerintahkan saya untuk menulis surat permohonan maaf, yang mana saya lakukan, saya merasa perlu meminta maaf secara peribadi kepada BTS. Saya tahu ini adalah bodoh untuk saya untuk mengatakan semua perkara ini sekarang. Tetapi saya ingin sekali meminta maaf kepada mereka.”- Netizen

Membuat Permohonan Maaf Setelah menghantar Ugutan Bunuh Terhadap Song Ga Yeon

Song Ga Yeon adalah antara yang menerima banyak kritikan netizen jahat. Beliau juga pernah menerima ugutan bunuh dari seorang netizen yang jahat dan harus menjalani terapi. Walaubagaimanapun, netizen itu akhirnya menulis surat permohonan maaf terhadap Song Ga Yeon disebabkan ugutan yang dilakukannya.

“Kepada Song Ga Yeon, Kim Ji Hoon, dan Seo Doo Hwan. Saya telah menimbulkan banyak kesakitan dan emosi melalui ancaman bunuh dan gambar-gambar jahat yang telah saya muat naik ke Internet. Saya betul-betul minta maaf. Saya ingin menyampaikan permohonan maaf secara langsung, tetapi saya tidak dapat menghubungi peguam, dan oleh itu saya terpaksa menghubungi anda seperti ini.Saya meninggalkan anda minuman yang saya harap anda akan minum sewaktu bersenam dan permohonan maaf tulisan tangan. Saya tahu tidak ada cara untuk mengelakkan akibat daripada melakukan ugutan bunuh, Saya percaya bahawa hukuman undang-undang adalah cara yang tepat untuk keadaan ini, dan sekali lagi saya meminta maaf.”- Netizen

Walaubagaimanapun, Road FC Entertainment, agensi kepada Song Ga Yeon tidak menerima permohonan maaf itu dan memutuskan untuk terus mengambil tindakan terhadap netizen itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/m9jqe
Share30Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem