Saturday, June 25, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Datuk Aznil Nawawi Cari ‘Live Streamer’ Terbaik, RM50,000 Menanti!

by Phic Arman
October 30, 2020
Datuk Aznil Nawawi Cari ‘Live Streamer’ Terbaik, RM50,000 Menanti!
Share on Facebook

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi tampil dengan program realiti terbaharu hurr.tv, Jual Letop sebagai hos dan mentor kepada peserta dalam pencarian bakat live streamer di Malaysia mulai 19 November 2020 pada jam 8.30 malam di laman web hurr.tv, saluran YouTube, Facebook dan aplikasi hurr.tv.

Program realiti dalam talian yang seumpamanya di Malaysia ini diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu untuk tampil sebagai seorang hos berkebolehan dibimbing secara eksklusif oleh Datuk Aznil.

“Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada program ini dalam usaha melahirkan bakat-bakat baharu bidang pengacaraan. InshaAllah dengan ilmu pengacaraan sepanjang lebih 30 tahun, saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman serta melihat siapakah bakal mengungguli program yang seumpamanya ini. Nasihat saya, yakin dengan keunikan diri sendiri, always be yourself dan jangan kekok untuk beraksi di hadapan kamera,” kata Datuk Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Jual Letop telah memulakan misi pencarian bakat live streamer di mana rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas (yang tidak terikat dengan mana-mana agensi) boleh menyertai program ini. Cukup mudah, hanya rekodkan diri anda mempromosikan apa sahaja barangan dengan durasi tidak melebihi 5 minit dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Muat naik video tersebut di Facebook atau Instagram anda beserta hashtag #hurrtvJualLetop dan akaun rasmi hurr.tv juga perlu ditag pada video penyertaan berkenaan. Datuk Aznil akan menilai dan menapis video setiap penyertaan dan peserta berpotensi akan layak ke peringkat seterusnya.

Bagi terma dan syarat lain, orang ramai boleh melayari www.hurr.tv/jom- layan/jual-letop/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2020, jam 6 petang.

Peserta terpilih perlu mempromosikan produk atau jenama tertentu sebagai tugasan dalam talian yang perlu diselesaikan secara langsung setiap minggu di akaun Facebook masing-masing. Tugasan penting itu antaranya termasuklah mempromosikan laman web, produk dan jenama tempatan.

IKLAN

Di akhir tugasan, Datuk Aznil akan membuat penilaian prestasi setiap peserta. Peserta akan dipilih secara rawak berdasarkan prestasi untuk hadir ke studio bagi mendapatkan bimbingan secara eksklusif oleh Datuk Aznil dan juga tetamu jemputan. Kemuncaknya hanya 10 peserta sahaja akan mara ke peringkat akhir. Mereka akan dinilai berdasarkan jumlah tontonan, kreativiti, interaksi dan hasil jualan di sepanjang tugasan mingguan yang telah diberikan.

Juara bagi program ini akan menerima wang tunai RM50,000. Diikuti dengan RM15,000 (naib juara), RM8,000 (tempat ke-3), RM5,000 (tempat ke-4) dan RM3,000 (tempat ke-5). Kesemua lima peserta ini juga akan mendapat peluang diketengahkan di platform hurr.tv untuk menjadi hos bagi program sedia ada serta beberapa kandungan terbaharu.

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata,

“Pembelian secara dalam talian kini sudah menjadi trend rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan interaksi hos dan pembeli  merupakan nilai tambah yang memberikan satu dimensi baharu bagi industri jualan dalam talian. Justeru, hurr.tv tampil dengan program ini yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan ilmu pengacaraan dibimbing secara eksklusif oleh Datuk Aznil Nawawi.”

Saksikan tugasan menarik setiap peserta dan bagaimana Datuk Aznil akan membentuk mereka untuk tampil yakin dan hebat dalam pencarian bakat live streamer Malaysia.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: aznil hj nawawihurr.tv
Share5Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Sumpah Sebijik!” – Ramai Artis & Peminat Puji Mimi Ernida Sama Macam Alia Bhatt!
Selebriti

“Sumpah Sebijik!” – Ramai Artis & Peminat Puji Mimi Ernida Sama Macam Alia Bhatt!

by Raff Ali
June 24, 2022

Pelakon Mimi Ernida mencuri tumpuan ramai apabila tular dengan imej menyerupai aktres popular Bollywood, Alia Bhatt. Menerusi tinjauan Murai MY...

Read more
‘Jangan Dengar Gosip’- Ifa Raziah Pegang 6 Kunci Untuk Kekal Bahagia
Selebriti

‘Jangan Dengar Gosip’- Ifa Raziah Pegang 6 Kunci Untuk Kekal Bahagia

by Mas Ayu
June 24, 2022

Sebagai manusia biasa pasti ada naik turunnya dalam kehidupan, apatah lagi banyak faktor yang boleh menyebabkan diri diselubungi dengan negativiti...

Read more
“Berpautlah Padaku Hingga Ke Syurga”- Syamel Titip Ucapan Istimewa Rai Hari Lahir Ernie Zakri
Selebriti

“Berpautlah Padaku Hingga Ke Syurga”- Syamel Titip Ucapan Istimewa Rai Hari Lahir Ernie Zakri

by Mas Ayu
June 24, 2022

Penyanyi berbakat besar, Syamel, memberi ucapan istimewa untuk Ernie Zakri sempena hari lahir isterinya yang ke-30 tahun semalam di Instagram-nya....

Read more
Iqbal Zulkifli Boleh Menangis Setiap Kali Di Tanya Pasal Jodoh, Kenapa?
Lokal

Iqbal Zulkifli Boleh Menangis Setiap Kali Di Tanya Pasal Jodoh, Kenapa?

by Hakim Faz
June 24, 2022

Nama Ahmad Iqbal Zulkifli bukan lagi asing di dalam kalangan netizen kerana selalu terjerut dengan pelbagai isu dan kontroversi. Antara...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    “Aku Tak Menyorok La Sia*!”- Syamsul Yusof Tegur Portal Berita Terkenal

  4. 4

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  5. 5

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera