Sekiranya anda diberitahu ada bandar atau pekan di dunia ini yang tidak membenarkan anda meninggal dunia, pasti ada antara anda yang merasakan perkara itu sesuatu yang pelik. Berikut adalah 5 kawasan di dunia yang menghalang penduduknya meninggal dunia menurut halaman Musafir.com.

1Pulau Miyajima, Jepun

via Webmagazine

Tokong Itsukushima menjadi tarikan ramai bukan saja kerana keindahannya tetapi statusnya sebagai tokong agama yang terus mengekalkan tradisinya.

Di sini mereka tidak membenarkan sebarang bentuk kelahiran dan kematian terjadi di situ. Sesiapa saja yang hendak bersalin, tua atau mula sakit tenat akan dipindahkan keluar dari tempat tersebut.

IKLAN

2Pulau Delos, Greece

via Greek Destination

Pulau Delos dipercayai oleh orang Yunani zaman dahulu sebagai lokasi kelahiran salah satu Tuhan utama dan mereka mengangkat pulau ini sebagai sebuah kawasan suci.

Disebabkan oleh kepercayaan itu, masyarakat Yunani zaman dahulu mengishtiharkan kawasan ini haram untuk mana-mana manusia meninggal dunia.

3Longyearbyen, Norway

via Wikimidia

Menurut halaman Musafir.com, Longyearbyen adalah kawasan di mana kematian tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini disebabkan oleh cuaca sejuk yang melampau. Disebabkan cuaca yang terlampau sejuk, pengebumian mayat tidak dilakukan di sini.

4Sellia, Itali

via Italian Store

Di sebabkan pekan ini mempunyai bilangan penduduk yang sedikit, maka kerajaan meletakkan peraturan bahawa penduduk di sini tidak dibenarkan mati dan sakit.

Hal ini sekaligus memberikan kesedaran kepada penduduk untuk sentiasa menjaga kesihatan mereka dan sesiapa yang jatuh sakit akan dikenakan bayaran denda.

5Sarpourenx, Perancis

via Wikipedia

Sebuah pekan kecil bernama Sarpourenx di Bordeaux, Perancis mempunyai masalah menguruskan kematian disebabkan oleh kawasan pusara tidak mampu menampung kematian.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Datuk Bandar mengumumkan undang-undang baru bahawa tidak ada kebenaran akan dikeluarkan untuk mana-mana penduduk meninggal dunia di situ. Sekiranya mereka ingin meninggal dunia, mereka perlu bergerak atau pindah ke tempat lain.

Jadi ini adalah beberapa lokasi di dunia yang melarang untuk apa-apa kematian berlaku kerana faktor agama, cuaca dan sebagainya.