Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

6 Kumpulan K-Pop Masih Diteruskan Walaupun Ditinggalkan Oleh Leader

by Naddy Joe
November 8, 2020
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Seorang leader atau ketua adalah antara orang penting dalam sesebuah kumpulan.  Seseorang yang dilantik untuk menjadi ketua adalah kerana keperibadiannya yang mempunyai sifat kepimpinan. Kebiasaannya dalam beberapa kumpulan K-pop, ketua dipilih berdasarkan pengalaman atau disebabkan usia yang lebih tua di antara ahli kumpulan yang lain. Tetapi bagaimana jika ketua yang dipercayai untuk memimpin sesebuah kumpulan memilih untuk meninggalkan kumpulan itu? Siapakah yang memilih untuk keluar dari kumpulan? Scroll sampai habis okay!

iKON – B.I

Pada tahun 2019,boy group iKON kehilangan seorang ahli yang juga seorang leader dalam kumpulan iKON. B.I terpaksa meninggalkan kumpulan iKON kerana terlibat dengan kes pembelian dadah. Walaupun kes itu masih disiasat, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan dan menamatkan kontraknya dengan YG Entertainment. Melalui laman sosial beliau, B.I meminta maaf kepada peminatnya dan mengakui bahawa beliau membeli dadah jenis marijuana dan LSD, tetapi menafikan bahawa mengambil dadah tersebut. Kemudian pada awal tahun 2020, B.I disahkan negatif dari sebarang penggunaan dadah dan siasatan kesnya dihentikan. Kini kumpulan iKON yang dulunya pernah diketuai oleh B.I terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Jay, Bobby, Song, DK, June, dan Chan.

Wonder Girls – Sunye

Kumpulan wanita dari JYP Entertainment yang memulakan debut pada tahun 2007 semakin terkenal ketika mempromosikan lagu NOBODY pada tahun 2008. Tetapi mereka terpaksa kehilangan ketua dalam kumpulan mereka iaitu Sunye kerana ingin memberi tumpuan untuk menjaga keluarganya. Setelah ketua mereka meninggalkan mereka, Wonder Girls yang terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan iaitu Hyelim, Sunmi, Yubin, dan Yenny. Kumpulan yang mempunyai karier selama 10 tahun ini akhirnya membuat keputusan untuk membubarkan kumpulan mereka pada tahun 2017 dengan release single yang terakhir bertajuk Thank You For Being So Wonderful.

APRIL- Somin

APRIL adalah kumpulan wanita di bawah jagaan DSP Media yang meulakan debutnya pada tahun 2015 dengan 6 orang ahli. Pada mulanya APRIL dipimpin oleh seorang ketua bernama Somin, namun pada bulan November pada tahun yang sama Somin membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan APRIL. APRIL yang mempunyai 5 orang ahli sebelumnya itu semakin berkurang apabila Hyunjoo meninggalkan kumpulan itu untuk memberi tumpuan dalam bidang lakonan. Kemudian, pada akhir tahun 2016, agensi itu mengumumkan bahawa APRIL akan menambah 2 ahli bari iaitu Chaekyung dan Rachel.

Kini kumpulan itu terdiri dari Chaekyung, Chaewon, Naeun, Yena, Rachel, dan Jinsol ini percaya pada kepimpinan Chaekyung sebagai leader dalam kumpulan mereka. Sementara bekas ketua kumpulan mereka, Somin kin menjadi ahli kumpulan KARD.

2PM- Jay Park 

2PM yang memulakan debut mereka pada tahun 2008 ini diketua oleh Park Jaebum atau lebih dikenali sebagai Jay Park. Namun pada tahun 2009, ketua kumpulan 2PM meninggalkan kumpulan 2PM kerana skandal yang disebabkan oleh posting lamanya dalam media sosial. Selepas Jay Park keluar dari kumpulan 2PM, kumpulan itu masih diteruskan tanpa ketua. Sementara itu, Jay Park kini berjaya dengan syarikat recording sendiri bernama AOMG dan H1ghr Music.

F.T.Island – Choi Jong Hoon

Choi Jong Hoon merupakan leader dari kumpulan F.T.Island di bawah jagaan FNC Entertainment. Namun pada Mac 2019, beliau memutuskan untuk meninggalkan kumpulan dan mengundurkan diri dari industri muzik Korea kerana penglibatannya dalam skandal Burning Sun. Lelaki yang dilahirkan pada tahun 1990 itu juga didakwa dalam kes serangan seksual dan menerima hukuman penjara selama 5 tahun.

AB6IX- Youngmin

Pada 8 Jun 2020, ketua kumpulan AB6IX iaitu Lim Youngmin membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut kerana beliau ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk.  Setelah mengadakan perbincangan panjang bersama agensi BRANDNEW MUSIC dan membuat keputusan untuk keluar kerana tidak mahu memberi gambaran buruk kepada kumpulannya itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/nulc1
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem