Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Masih Ingat Dengan Poova? Kini Kembali Dengan Single ‘Karya’

by Khai Azfar
November 2, 2020
Share on Facebook

Suatu ketika dahulu, nama penyanyi Poova pernah mencuri perhatian apabila dipuji oleh penyanyi lagenda antarabangsa, Michael Bolton kerana bersuara emas dan mempunyai bakat muzik yang kuat terutamanya dalam bidang nyanyian.

Poova Buat ‘Comeback’ 

Poovaa bukanlah seorang pendatang baru dan telah pun berkecimpung dalam industri muzik Malaysia sejak sedekad yang lalu.

Kini, Poova kembali mempertaruhkan bakat nyanyian dan nasib untuk menembusi pasaran tempatan dengan single terbaharu berjudul ‘Karya’ yang telah dicipta dan digubahkan khas oleh komposer terkenal iaitu Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Ishak.

“Karya menceritakan tentang sebuah kisah cinta yang di mana permulaannya semua indah belaka tanpa sebarang persengketaankemudian berakhir dengan kesedihan. Setiap daripada kita ingin mengecapi kebahagiaan akan tetapi banyak permasalahan yang berlaku, ketidakbahagiaan yang berpanjangan tanpa persefahaman akhirnya menjurus kepada perpisahan.

Akan tetapi, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya di mana kita harus kuat untuk meneruskan kehidupan dan hari-hari mendatang, semoga ia menjadi pemangkin untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh kebelakang lagi.” kongsi Poova mengenai lagu terbarunya

Lagu Melayu Pertama 

Jelas Poova,setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, akhirnya dia beranikan diri untuk menghasilkan single Melayu pertama bagi menembusi pasaran tempatan dan Karya merupakan percaturan nya dalam mengembangkan bakat yang sedia ada.

“Saya memang meminati bidang muzik sejak dari kecil lagi, dan seawal umur 7 tahun saya mula menghadiri kelas piano dan sudah mula berjinak-jinak dalam penghasilan lirik dan melodi. Hanya setelah beberapa tahun lalu baru saya mula menceburi bidang muzik secara profesional dan kini hampir sedekad, banyak yang telah saya lalui dan pelbagai pengalaman yang saya timba, dan saya rasakan sudah cukup bersedia untuk melebarkan sayap ke peringkat seterusnya.” katanya lagi

Untuk rekod, album pertama dalam Bahasa Inggeris yang berjudul ‘Ticket To Faketown’ telah melonjakkan nama Poovaa di mana dia telah berjaya memenangi kategori Artis Baru Terbaik di AIM 2014 dan sejak itu nama Poovaa mula dikenali ramai.

YouTube video

Lagu ‘Karya’ kini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.Manakala video muzik lagu ‘Karya’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di
saluran YouTube I am Poovaa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
PoovaPoova Karya
https://lomp.at/uc0xr
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara