Buah Bilberi adalah sejenis beri biru yang telah digunakan dalam perubatan herba sejak 800 tahun yang lalu. Sejarahnya dalam bidang perubatan agak panjang di Eropah. Malah khasiatnya yang pelbagai telah membuatkan herba dari genus Vaccinium myrtillus ini digunakan untuk merawat apa saja penyakit yang dihidapi oleh manusia.

Pada masa kini, dunia perubatan moden telah mengiktiraf nilai dan khasiat dari buah bilberi. Namun sebelum itu, khasiat buah bilberi hanya diketahui oleh orang yang menggemarinya sahaja. Hanya setelah juruterbang-juruterbang pesawat perang British pada Perang Dunia Ke-2 mengatakan yang jem dari buah bilberi yang dimakan sebelum melakukan penerbangan mampu untuk memperbaiki penglihatan pada waktu malam barulah penyelidikan dilakukan. Penyelidikan moden yang telah dilakukan kini telah menyokong dakwaan tersebut.

Pokok buah bilberi boleh ditemui di tanah yang berasid dan tidak memiliki zat di seluruh kawasan sub artik di seluruh dunia. Ia hampir sama dengan buah bilberi liar dan banyak ditanam di Amerika Tengah dan huckelberi dalam genius Vaccinium. Salah satu ciri-ciri buah bilberi adalah ia akan menghasilkan sebiji atau sepasang beri pada belukar tidak seperti sejambak beri biru.

IKLAN
via RBTH

Buah bilberi lebih kecil daripada buah beri biru. Warna bilberi juga lebih hitam. Isinya berwarna merah atau ungu. Warnanya akan melekat pada jari dan bibir apabila dimakan mentah. Warna jus merah dikatakan telah digunakan oleh doktor gigi di Eropah  bagi menunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana memberus gigi dengan betul. Ini adalah kerana kawasan yang tidak diberus dengan betul akan meninggalkan bekas warna merah yang ketara.

Buah bilberi mengandungi anthocyanosides iaitu antioksidan kuat yang mampu menguatkan pembuluh darah dan dinding-dinding kapillari, memperbaiki sel-sel darah merah, menstabilkan tisu-tisu kolagen seperti tendon, ligament dan kartilaj serta  memiliki kesan merendahkan kolesterol.

Antioksidan ini juga turut meningkatkan pigmen-pigmen retina yang membolehkan mata untuk tahan pada cahaya. Ia juga mampu membantu untuk mengekalkan kelenturan sel-sel darah merah sekaligus membenarkan ia melalui kapilari dan membekal oksigen.

Herba ini juga sebagai vasodilator iaitu membuka pembuluh darah dan merendahkan tekanan darah. Mata memiliki kapilari berkepekatan tinggi. Oleh itu, bilberi mampu membantu dalam memperbaiki penglihatan.

via blog.tribunjualbeli.com

Buah bilberi juga dikatakan mampu memperbaiki penglihatan pada waktu malam, memperlahankan kemerosotan makular, mencegah katarak  dan retinopati diabetik. Kajian saintifik juga telah menunjukkan dalam memperbaiki peredaran darah, angina, strok dan atherosclerosis. Ia juga telah menunjukkan mampu memperbaiki vena varikos dan kesan antipenuaan pada struktur kolagen.

Pada masa dahulu, bilberi yang telah dikeringkan akan digunakan untuk merawat diarea kerana kandungan tannin yang terdapat di dalamnya mampu bertindak sebagai astringen pada saluran gastrousus.

Astringen mengecut dan mengetatkan lapisan atas kulit atau membran mukus sekaligus mengurangkan perembesan, melegakan kerengsaan dan memperbaiki kepejalan tisu. Teh yang diperbuat daripada buah bilberi kering juga telah digunakan untuk melegakan sakit tekak atau luka pada tisu mulut.

via rememberthai.com

Dalam perubatan tradisional pula, daun bilberi digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan termasuklah diabetes. bukti terhad daripada kajian haiwan menunjukkan ia mampu mengurangkan kesan pada gula dalam darah. Terdapat juga kajian yang menunjukkan ektrak daun bilberi mampu merendahkan tahap kolesterol dan kesan antibarah pada haiwan ujian di makmal.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan bilberi, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan di kemudian hari.