Satu kitaran keramat berakhir malam semalam apabila 30 buah lagu telah disenarai pendek ke Muzik Muzik 35 Separuh Akhir(SFMM35). Penantian yang ditunggu-tunggu karyawan seni tanah air kini semakin hampir ke garis penamatnya.

Berlangsung 3 Hari Berturut-Turut 

Berbeza dari tahun sebelum ini, SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad 20, 21 dan 22 November 2020. Dalam pengumuman tersebut, lagu-lagu yang tersenarai menyaksikan persaingan sengit antara penyanyi-penyanyi hebat tanah air dan kebanyakkannya adalah lagu duet.

IKLAN

Lebih Dari Sebuah Lagu Bertanding 

Malah, dalam 30 lagu ini juga beberapa penyanyi mempertaruhkan lebih dari sebuah lagu apabila turut berjaya ke SFMM35 kelak antaranya seperti Ernie Zakri, Syamel, Yonny Boii, Tuju, Naim Daniel, Stacy, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Dato Sri Siti Nurhaliza. Difahamkan, SFMM35 akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain.