Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aset Dibeku! Peguam Aliff Syukri Rayu SPRM Beri Perlepasan

by Khai Azfar
November 3, 2020
Share on Facebook

Menerusi laporan media tempatan, dua peguam kepada usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Hasshahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak telah merayu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar dapat melepaskan aset-aset yang telah dibekukan badan penguat kuasa undang-undang itu sebelum ini.

Hantar Surat Kepada Pengarah SPRM

Difahamkan, rayuan itu dibuat menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki oleh kedua-dua peguam berkenaan yang memohon agar aset milik Aliff dan isterinya,Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang dirampas dan disita pada 1 Oktober lalu dapat dilepaskan.

Via Instagram Aliff Syukri

Katanya, mereka merupakan peguam yang dilantik bagi urusan-urusan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan jutawan kosmetik itu. Berdasarkan maklumat dalam surat berkenaan, permohonan pelepasan aset-aset itu dibuat menurut peruntukan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).

Nafi Terlibat Macau Scam 

Terdahulu, Aliff telah menafikan dakwaanterbabit dalam kes penipuan Macau Scam. Sebaliknya dia memberitahu sentiasa berusaha mencari rezeki halal selain membantu mereka yang terjejas ekonomi akibat COVID-19. Bagaimanapun, Aliff turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi ke atas perniagaan yang didakwanya diusahakan secara halal.

Untuk rekod, sebelum ini SPRM telah membekukan lebih RM80 juta daripada 730 akaun bank dan menyita wang tunai berjumlah RM5 juta berhubung pengubahan wang yang turut mengaitkan beberapa selebriti. Turut dirampas, sebanyak 23 kenderaan mewah pelbagai jenama serta motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai dibeli hasil daripada aktiviti judi dalam talian tempatan.

Topik Berkaitan "WhatsApp Daripada PA Aliff Syukri, Diva AA Dedah Deal Sebenar"- Azwan Ali

Sindiket cuci wang itu dipercayai melaburkan wang daripada aktiviti kegiatan berkenaan ke dalam perniagaan dijalankan selebriti dan personaliti terkenal tanah air serta usahawan kosmetik tempatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff syukriSPRM
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara