• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Isteri Maut Dengan Tragis, Ini 5 Kisah Peribadi Joe Biden Yang Tak Ramai Tahu

by Phic ARMAN
November 4, 2020
Share on Facebook

Hari Pilihan Raya Presiden AS 2020 telah tiba.  Calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu.

Memandangkan nama Joe Biden menjadi topik hangat dan trending di twitter, berikut 5  fakta menarik mengenai Joe Biden yang disusun oleh Murai MY dari pelbagai sumber untuk pembaca semua.

Hubungan Rapat Dengan Barack Obama

VIA AngleNews.com

Joe Biden terkenal sebagai penyokong setia bekas presiden AS Barack Obama. Dari 2009 hingga 2017, Biden berkhidmat sebagai naib presiden selama dua penggal pemerintahan Obama.

Hubungan erat Biden dengan Obama terbukti ketika sebelum mengundurkan diri dari jawatan pada Januari 2017, mantan presiden AS itu memberikan penghargaan kepada wakilnya, Presidential Medal of Freedom. Bukan hanya itu, ketika menghadiahkan pingat itu, Obama menyebut Biden umpama “saudaranya sendiri”.

Setelah lulus dari sekolah undang-undang di Universiti Syracuse, New York pada tahun 1968, Biden kembali ke kampung halamannya di Delaware dan menjadi peguam. Kemudian pada tahun 1970, Biden memutuskan untuk ceburi bidang politik sepenuhnya dengan bergabung dengan Parti Demokrat dan berkhidmat sebagai anggota Dewan New Castle.

Pernah menjadi salah satu senator termuda AS

TheNewsWorldNetwork.com

Pada tahun 1972, Biden, yang berusia 29 tahun pada waktu itu, akhirnya terpilih menjadi anggota Senat AS atau majlis tinggi . Pada tahun 1973, Biden secara rasmi mengangkat sumpah dan berkhidmat sebagai anggota Senat termuda ke-6 dalam sejarah pemerintahan AS.

Kisah Pemergian Ahli Keluarga Yang Tragis

YahooNews.com

Tidak hanya dikenali sebagai ahli politik yang boleh meyakinkan, Biden juga terkenal dengan kisah hidupnya yang sedih. Sebabnya, beberapa minggu setelah terpilih menjadi anggota senat, pada 18 Disember 1972, isteri dan tiga anak Biden mengalami kemalangan akibat akibat dilanggar lori.

PM Itali Giorgia Meloni Perokok Tegar, Akui Boleh B*nuh Diri Jika Berhenti Merokok

Biden juga harus menerima kenyataan bahawa isterinya Neilia Hunter dan anak lelaki mereka yang berusia 1 tahun, Naomi, meninggal dunia akibat kemalangan itu. Sementara itu, kedua-dua anaknya, Beau dan Hunter, dikejarkan ke hospital setelah mengalami patah kaki dan patah tulang tengkorak.

Setelah pulih dari kemurungan kerana pemergian ahli keluarganya, Biden sekali lagi terpaksa mengalami penderitaan yang teruk kerana anak sulungnya, Beau, meninggal dunia. Diketahui, pada tahun 2015, Beau meninggal dunia akibat barah otak.

Terlibat skandal plagiarisme

ABCNews

Sebelum mencalonkan diri dalam pilihan raya 2020 sebenarnya sebelum ini Biden telah pun tercalonpresiden sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1988 dan 2008. Namun ketika dalam pilihan raya 1998, Biden terpaksa mengundurkan diri dari pencalonannya kerana dia terlibat dalam kes plagiarisme.

Pada masa itu, orang ramai menuduh Biden menciplak sebahagian ucapan oleh pemimpin  dari Britain, Neil Kinnock untuk kempennya. Walaupun pada waktu itu, Biden diramalkan sebagai calon paling kuat dalam pilihan raya, dan berkemungkinan menggantikan John F. Kennedy sebagai presiden termuda AS.

Menderita gagap semasa kecil

Delawareonline

Lelaki yang nama penuhnya Joseph Robinette Biden dilahirkan pada 20 November 1942 di Scranton, Pennsylvania. Ada sesuatu ramai tidak tahu tentang kehidupannya waktu kecil. Dia pernah  mengalami tekanan kewangan dalam keluarganya, Biden juga menderita masalah gagap semasa kecil.

Kerana dia gagap, Biden sering mendapat ejekan dari rakan-rakannya sehingga dia dijuluki “Joe Impedimenta” (Joe Gagap). Sebenarnya, dia menderita dari keadaan ini sehingga kuliah. Namun, berkat nasihat para biarawati untuk selalu membaca puisi, Biden akhirnya berjaya mengatasi kegagapannya.

Itu adalah fakta menarik mengenai Joe Biden, saingan Donald Trump dalam memenangi kerusi kepemimpinan di Amerika Syarikat

Ini Kemungkinan Kenapa Trump Menginap Di The Ritz-Carlton KL
donald trumpJoe Biden
https://lomp.at/e01uk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Kemunculan Tunku Aminah & Suami, Cetus Rasa Teruja Peminat!- “Comelnya Famili…”

by Naddy Joe
May 4, 2023

Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tunku Aminah merupakan anakanda kedua...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Seorang Peninju, Kenali 4 Fakta Tentang Tengku Eddie Yang Didakwa Cederakan Pekerja

by Phic ARMAN
November 7, 2024

Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, seorang individu yang kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa mencederakan seorang pekerja, adalah anak...

Read moreDetails
Lokal

Tengku Salehuddin Terkilan Dengan Sikap Bekas Isteri, Minta Kembalikan Anak Semula Ke Malaysia

by Jash Lee
February 16, 2023

Baru-baru ini tular di media sosial, Instagram peribadi milik Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah Alhaj atau lebih dikenali...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore