Hawaya, aplikasi mencari jodoh dari Mesir diambil dari perkataan “Hawa”, yang membawa maksud “Cinta” dalam bahasa Arab. Hawaya diilhamkan oleh Sameh Saleh pada tahun 2017, sebagai cara untuk membantu adik perempuannya mencari jodoh dengan cara yang mudah, selamat, dan selesa.

Sebagai platform mencari jodoh, Hawaya bertujuan untuk memperkasa umat Islam yang belum berpasangan bagi membina hubungan yang bermakna dan #carijodohdenganHawaya, disamping menghormati budaya dan tradisi agama Islam.

IKLAN

“Kami amat gembira membawakan Hawaya kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menyemai silaturahim yang berkekalan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai, dan ianya juga memerlukan komitmen yang tinggi. Kami faham cabaran yang dihadapi oleh jejaka-jejaka dan kaum Hawa dalam mencari pasangan hidup, dan kami mahu membantu mereka mencari ‘si dia’. Dari saat pertemuan hinggalah ke hubungan yang berkekalan terjalin, Hawaya memastikan platform kami selamat untuk digunakan, di samping menitikberatkan dan menghormati kehendak budaya dan tradisi Islam,” kata Sameh Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hawaya.

Antara fungsi lain yang disediakan Hawaya termasuklah:

‘Blur Option’: Pengguna wanita mempunyai pilihan untuk mendedahkan gambar mereka hanya kepada pengguna yang mereka selesa menghubungi.

‘Exclusive Mode’: Apabila dua pengguna dipadankan, mereka boleh memilih untuk memulakan perbualan eksklusif. Ini sekaligus akan menyahaktifkan semua perbualan mereka bersama pengguna-pengguna lain di dalam aplikasi. Melalui ‘exclusive mode’, pengguna mempunyai peluang untuk memberi tumpuan, berkenalan, dan berbual dengan lebih mendalam dengan hanya satu orang pada satu-satu masa.

Dengan niat untuk bina hubungan yang tulen dan jujur, Hawaya juga membantu dengan memberikan topik-topik pengenalan dan perbualan permulaan yang diperibadikan untuk membantu pengguna mengambil langkah pertama.

Untuk membantu kaum Adam dan Hawa dalam mencari pasangan yang tepat untuk membina hidup bersama, Hawaya akan memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai program #sisterinhearts, dengan tujuan memudahkan perbincangan mengenai pencarian cinta dan pasangan yang tepat di dunia moden ini, sambil memberikan tumpuan utama kepada nila-nilai tradisi Islam dan adat Melayu serta menghormatinya.

Mulakan perjalanan #carijodohdenganhawaya anda untuk membina hubungan berkekalan
dengan memuat turun Hawaya di Apple App Store dan Google Play Store.