Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Cara Penjagaan Payudara Semasa Mengandung Bagi Persediaan Penyusuan

by Amirul Fikry
November 14, 2020
151
KONGSIAN
Share on Facebook

Khas buat bakal bakal ibu, adakah anda tahu dan telah memberi penjagaan payudara anda yang sebetulnya ketika anda sedang mengandung? Ini sangat penting kerana penjagaan dan kebersihan payudara bagi ibu yang hamil akan menyokong proses penyusuan bayi kelak.  Terutama sekali bagi kehamilan yang telah memasuki trimester ketiga.

Wanita yang sedang mengandung akan mengalami perubahan pada payudara secara semula jadi. Ini adalah suatu perkara biasa dimana keadaan pada puting dan areola (lingkaran gelap sekeliling puting) akan  lebih membesar dan ini menunjukkan bahawa payudara telah bersedia untuk proses penyusuan. Bukan itu sahaja, warna puting dan areola juga akan menjadi lebih gelap, saluran darah akan bertambah dan lebih lebar serta urat halus di sekitar payudara juga akan kelihatan dengan lebih jelas.

Jadi, disini kami ingin berkongsi dengan semua bakal ibu tentang cara penjagaan yang betul dan bagaimana untuk membersihkan payudara anda semasa mengandung agar tidak menyebabkan regangan yang akan mempengaruhi janin.

Bersihkan Payudara Dengan Air Dan Sabun

via tabi-labo.com

Bersihkan payudara, puting dan lingkaran di sekitarnya dengan hanya menggunakan sabun dan air. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali anda mandi. Elakkan dari menggunakan bahan yang mengandungi alkohol kerana ianya boleh menyebabkan kerengsaan atau masalah lain pada kulit.

Jangan Menggosok Payudara

via channelbunda.com

Jangan gosok atau mengeringkan payudara secara kasar, hanya sapukan dengan kain yang lembut atau tuala yang dapat menyerap air. Bakal ibu juga disarankan agar tidak terus memakai bra setiap kali selepas mandi sehingga payudara betul-betul kering. Adalah lebih baik jika ianya dibiarkan kering secara semula jadi.

Pemilihan Bra Yang Betul

via wanista.com

Pemilihan bra yang betul adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja akan membuatkan anda berasa selesa tetapi juga dapat menyokong payudara anda dengan baik, dapat mengurangkan sakit bahagian belakang dan dapat mengekalkan bentuk payudara yang sempurna. Bagi ibu yang sedang hamil, anda juga harus bijak memilih bra yang sesuai, bra yang dipilih tidak boleh terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar. Anda juga boleh memilih bra yang menggunakan dawai atau tali yang lebih lebar dan mempunyai lebih dari dua cangkuk bagi menyokong payudara dengan lebih berkesan.

Gunakan Breast Pad

via Shutterstock

Kebiasaannya, kehamilan yang memasuki trimester kedua telah pun menghasilkan kolostrum(susu) dan kadang-kadang kolostrum ini akan keluar dan menitik. Bagi melindungi pakaian dari basah terkena susu yang bocor, anda boleh menggunakan breast pad atau pelindung payudara.

Urut Dengan Minyak Kelapa

via rejekinomplok.net

Urutan ini bertujuan untuk merehatkan payudara dan pada masa yang sama dapat membersihkan segala kotoran dan daki yang biasanya akan melekat pada puting. Hanya letakkan sedikit minyak kelapa pada tapak tangan dan urut di seluruh kawasan payudara selama dua hingga tiga minit.

Kami berharap dengan perkongsian kali ini akan membantu bakal-bakal ibu menjaga kebersihan semasa mengandung. Ibu sihat, keluarga bahagia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
payudara hamil kehamilan menyusu ibubapa
https://lomp.at/rwljc
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem