Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Awal Ashaari Didakwa Menfitnah Syarikat Perabot, Pemilik Akhirnya Buka Mulut!

by Zaidin Albert
November 5, 2020
181
KONGSIAN
Share on Facebook

Naz Carpentry telah melantik firma pengurusan krisis terkemuka setelah syarikat hiasan dalaman dan perabot itu didakwa difitnah di Instagram oleh Awal Ashaari.

Syarikat tersebut mula membentuk pasukan tindak balas krisis (crisis response team) mereka sejak sebulan lalu setelah krisis tersebut didedahkan oleh pihak media.

Naz Carpentry memilih firma komunikasi krisis

Menurut siaran media yang disediakan bagi pihak Naz Carpentry oleh firma perhubungan
awam Saiful Ridzuan Public Relations and Communications (Saiful Ridzuan), Naz Empire Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Naz Carpentry memilih firma komunikasi krisis yang tersebut. Dengan tujuan untuk membantu menjawab pertanyaan daripada media mengenai episod krisis baru-baru ini di mana TV hos, pelakon dan model Awal Ashaari didakwa memfitnah syarikat perabot itu.

Saiful Ridzuan, sebuah firma penasihat strategik khusus dalam bidang krisis PR, pengurusan reputasi dan komunikasi strategik ditubuhkan pada tahun 2012. Firma tersebut telah membantu syarikat, agensi kerajaan, ahli politik, individu terkenal dan berpengaruh, dan klien berprofil tinggi dalam bidang perniagaan dan hiburan bagi situasi kritikal yang boleh menjatuhkan reputasi organisasi atau individu yang diwakili.

Klien mereka dari industri hiburan termasuk penyanyi Linda Rafar, usahawan media sosial Zarina Anjoulie Lavocah dan pelakon Ammar Alfian. Firma krisis PR tersebut juga pernah mewakili selebriti dan klien berprofil tinggi yang difitnah atau dituduh memfitnah; sama ada di alam siber atau di alam nyata.

Azrianna Alyssa dakwa tuduhan yang dibuat adalah tidak benar.

Azrianna Alyssa, Pengasas Naz Carpentry berkata bahawa dakwaan postings Instagram oleh Awal Ashaari adalah palsu dan fitnah. Beliau mendakwa yang tuduhan yang dibuat adalah tidak benar.

Menurut berita yang dilaporkan oleh media baru-baru ini, Awal Ashaari telah memuat naik beberapa postings di Instagram stories yang menyebut tentang pemilik dan Naz Carpentry.

[VIDEO] Telatah Bapa Awal Ashaari Cuit Hati Netizen - "Kalau Tak Boleh, Kerat Je Cover Ni. Abah Nak Bawak Balik Cover Je"

Postings beliau didakwa memfitnah pemilik dan syarikat hiasan dalaman tersebut. Awal Ashaari berpotensi besar berhadapan ganti rugi yang tinggi sekiranya barisan peguam Naz Carpentry dapat membuktikan bahawa catatan dan postings TV hos tersebut disiarkan dengan berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi Naz Carpentry.

Azrianna Alyssa juga berkata bahawa publisiti negatif yang diterima beliau dan organisasinya adalah ancaman perniagaan yang serius kerana berpotensi merosakkan reputasi secara kekal dan, boleh mempengaruhi nilai perniagaan dan nilai pasaran syarikat.

“Pihak Naz Carpentry tidak menjawab pertanyaan media tiga minggu lepas kerana kami tidak mempunyai persediaan secara profesional dan tidak mahu membuat kenyataan yang salah. Kini, dengan kepakaran dan bantuan Saiful Ridzuan, kami yakin kerana Naz Carpentry mempunyai sokongan yang kukuh dalam bidang perhubungan awam.

Kami perlu mengatasi persepsi negatif ini dengan berkongsi kisah sebenar berdasarkan fakta kepada khalayak ramai dan golongan sasaran bagi membantu pemulihan ekonomi syarikat.

Saiful Ridzuan adalah salah satu dari segelintir agensi pengurusan reputasi dengan keterampilan komunikasi strategik yang mendalam yang diperlukan untuk berkomunikasi secara berkesan bagi pihak Naz Carpentry kepada semua pihak berkepentingan syarikat, termasuk media dan para pelanggan,” tambah Azrianna Alyssa.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, pengacara Awal Ashaari telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap satu syarikat perabot tersebut dia memaklumkan bagaikan sudah ditipu oleh syarikat perabot Nazcarpentry.

Dimaklumkan Awal telah membayar sejumlah wang kepada mereka bagi tujuan menghias rumahnya. Dipetik dari Hotfm, Awal meluahkan rasa kesal kerana dia telah membayar duit yang diminta mungkin sebagai deposit, tetapi kerja yang sepatutnya dilakukan masih lagi belum siap serta mereka tidak memberi kerjasama untuk berbincang.

[VIDEO] Telatah Bapa Awal Ashaari Cuit Hati Netizen - "Kalau Tak Boleh, Kerat Je Cover Ni. Abah Nak Bawak Balik Cover Je"
awal ashaariAzrianna AlyssaNaz Carpentry
https://lomp.at/dfmuh
Share76Tweet44SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem