Pelakon Bollywood era 80an Faraaz Khan telah meninggal dunia pada usia 46 tahun. Keluarga Faraaz mengatakan bahawa dia menderita batuk dan jangkitan di dadanya selama hampir satu tahun.
Dipetik dari TheTribuneIndia, Faraaz Khan pernah mengalami serangan sawan tiga kali ketika dia dibawa ke hospital dan kemudian didiagnosis bahawa dia mengalami “jangkitan herpes di otaknya yang telah menyebar dari dadanya”.
Berita kematian pelakon popular menerusi filem Fareb itu disahkan oleh pelakon Pooja Bhatt. Melalui akaun Twitternya, Pooja menulis,
“Dengan berat hati saya menyampaikan berita bahawa #FaraazKhan telah meninggalkan kita, saya percaya itu adalah tempat yang lebih baik. Terima kasih kepada semua orang atas pertolongan & harapan baik anda ketika dia sangat memerlukannya.”
Bulan lalu, abang Faraaz Khan, Fahmaan Khan, juga seorang pelakon, meminta bantuan kewangan dan menubuhkan tabung sumbangan untuk kos rawatan Faraaz Khan di hospital. Pooja Bhatt adalah antara yang menderma dana tersebut.
Selain itu, aktor terkenal Salman Khan juga telah memberikan bantuan kewangan sewaktu Faraaz Khan dimasukkan ke hospital. Sebagai pelakon, Faraaz Khan telah membintangi filem seperti Mehndi (1998) bergandingan dengan Rani Mukerji, Fareb (1996), Dulhan Banoo Main Teri (1999), dan Chand Bujh Gaya (2005).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.