Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Boleh Bawa Maut! BLACKPINK Dianggap Mendatangkan Bahaya Pada Bayi Panda

by Naddy Joe
November 7, 2020
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah klip dari program realiti BLACKPINK yang terkini telah mendapat tontonan sebanyak 2.8 juta sejak dimuat turun sejak semalam, kesemua ahli BLACKPINK dilihat sedang memeluk bayi panda yang sangat comel. Walaubagaimanapun, ia menjadi trending di China kerana alasan yang berbeza.

https://www.youtube.com/watch?v=J8t0XRwPggE&feature=emb_logo

Menghabiskan Masa Bersama Panda

BLACKPINK memuat turun preview clip untuk episod terakhir rancangan realiti mereka, 24/365 with BLACKPINK. Klip ini menunjukkan kesemua ahli BLACKPINK menuju ke taman tema dan zoo Everland untuk menghabiskan masa bersama panda.Selain menyediakan makanan untuk ibu panda, mereka juga dapat memeluk seekor anak panda yang berusia 3 bulan bernama Fubao.

Mendatangkan Bahaya Kepada Panda

Walaubagaimanapun, ketika segelintir peminat menganggap ia sebagai sesuatu yang sangat comel dan menggembirakan, klip tersebut menjadi tular dan mendapat kritikan dalam media sosial di China. Menurut netizen dan pegawai China, rancangan tersebut mendatangkan bahaya kepada bayi panda.

Mudah Mendapat Jangkitan

via @withEverland

Hal ini kerana panda yang berada di Everland adalah milik China, dan zoo tersebut harus mematuhi peraturan yang ketat untuk melindunginya dari sebarang penyakit. Salah satu peraturan yang wajib ialah orang ramai tidak boleh menyentuh panda atau berhubung dengan apa cara sekalipun. Menurut Pentadbiran Perhutanan Negeri China, membenarkan orang yang bukan proffesional menyentuh panda akan meningkatkan risiko panda dijangkiti jangkitan zoonotic.

Selain itu, peraturan menyatakan bahawa orang yang memiliki binatang peliharaan tidak boleh bersentuhan dengan panda untuk mencegah penyebaran penyakit. Pada tahun 2015, beberapa ekor panda mati akibat canine distemper– virus yang ditemui pada anjing peliharaan. Oleh kerana panda gergasi dianggap terancam, kerajaan China menganggap kebajikan mereka sangat penting.

Mencetuskan Kemarahan Netizen China

Kenyataan bahawa ahli BLACKPINK bukan penjaga professional bukanlah satu-satunya menjadi kebimbangan oleh netizen China. Sebilangan Ahli BLACKPINK diketahu memiliki banyak anjing dan kucing di rumah. Hal ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen China selepas preview 24/365 with BLACKPINK dimuat turun di Youtube.

via Weibo

Satu posting mengenai insiden tersebut di Weibo mengumpulkan lebih daripada 25 juta tontonan video, 800,000 likes, dan 10,000 komen dalam masa 15 jam. Antara yang dikomen netizen ialah para ahli mengenakan mekap dan wangian, dan juga tidak memakai sarung tangan pada masa itu, yang menunjukkan melanggar penjagaan ketat terhadap panda.

Kini Dalam Siasatan

via @withEverland

Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda China kini dalam proses menyiasat kejadian itu. Pada masa kini, kemungkinan penalti dikenakan pada Everland, YG Entertainment, dan BLACKPINK masih tidak diketahui. Tetapi telah diketahui bahawa kerajaan China telah menarik balik panda dari zoo luar negara pada masa lalu.

Untuk mengelakkan insiden bertambah buruk, peminat BLACKPINK dari China dilaporkan telah menghubungi YG Entertainment untuk meminta mereka menarik balik episod tersebut sebelum disiarkan sepenuhnya di Youtube.Ramai International BLINK bersetuju dengan permintaan itu, sementara yang lain menggesa netizen China untuk tidak menyalahkan BLACKPINK di atas tindakan Everland Panda World.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/0xr15
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem