Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Semak SOP Dari MKN Ini Untuk Raikan Deepavali Di Kawasan PKPP, PKPB, & PKPD

by Naddy Joe
November 6, 2020
47
KONGSIAN
Share on Facebook

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai SOP (standard operating procedures) bagi rakyat Malaysia menyambut hari Deepavali yang bakal tiba pada 14 November ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan & Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa SOP yang dijalankan merujuk kepada kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

SOP Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Di Rumah Ibadat- Kuil:

  • Upacara sembahyang dibenarkan pada hari pertama Deepavali (14 November)
  • Perlu menyediakan kaunter di pintu masuk untuk memeriksa suhu dan dan gejala yang berkaitan dengan Covid-19 seperti batuk, sakit tekak, dan kesukaran untuk bernafas.
  • Kehadiran perlu direkod secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera.
  • Mereka yang menghidap penyakit kronik, orang tua dan kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak digalakkan pergi ke kuil.
  • Upacara sembahyang hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP pembukaan rumah ibadat yang dikeluarkan dan tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa tertakluk pada keluasan ruang rumah ibadat (kuil) dengan penjarakan fizikal.
  • Sesi upacara sembahyang perlu diadakan bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dengan pembahagian sebanyak 5 sesi sahaja (30 minit setiap sesi) dan diselangi dengan operasi sanitasi selama 30 minit sebelum memulakan sesi baharu.
  • Manisan perlu diagihkan secara berbungkus (packing) kepada para penganut dan terus bersurai selepas selesai upacara sembahyang.

Rumah Kediaman:

  • Bagi sambutan perayaan di rumah kediaman ‘landed’ dalam kalangan keluarga terdekat tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
  • Manakala bagi rumah kediaman strata dengan keluasan kurang dari 1500kps (tidak melebihi 10 orang) dan bagi keluasan melebihi 2500kps (tidak melebihi 15 orang) pada satu-satu masa.
  • Ahli keluarga atau individu digalakkan memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer.

Aktiviti Jualan Atau Perniagaan: 

  • Aktiviti jualan atau perniagaan hanya di premis yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa lain sahaja.
  • Walaubagaimanapun, aktiviti jualan secara dalam talian adalah digalakkan.

SOP Khusus Bagi Kawasan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD)

Rumah Ibadat:

  • Upacara sembahyang di rumah ibadat (kuil) tidak dibenarkan.

Rumah Kediaman:

  • Sambutan perayaan dibenarkan bagi seisi keluarga dalam rumah yang sama dengan memastikan penjarakan fizikal, kebersihan diri, dan mengelakkan 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang tertutup (confined area), dan juga perbualan jarak dekat (close conversation.
  • Melakukan sanitasi secara berkala terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.
  • Walaubagaimanapun, aktiviti ziarah di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti Jualan Atau Perniagaan:

  • Aktiviti jualan atau perniagaan di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

Maklumat lanjut berkenaan SOP boleh merujuk di laman sesawang MKN.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/fvb3z
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem