Sebuah laporan polis telah diajukan terhadap model dan pelakon veteran di India, Milind Soman di Goa kerana berlari sambil berbogel di pantai dan berkongsi foto tersebut di media sosial.

Dipetik dari Hindustan Times, Laporan tersebut susulan dari siaran media sosialnya di mana dia dilihat berlari berbogel di pantai Goa, India. Pankaj Kumar Singh, Superintendan Polis Goa Selatan memberitahu pemberita bahawa kes telah didaftarkan di Balai Polis Colva di bawah Seksyen 294 IPC dan 67 Akta IT terhadap Soman.

“Sebuah organisasi bernama Goa Suraksha Manch telah membuat laporan terhadap Milind Soman kerana berlari telanjang di sebuah pantai di Goa Selatan dan kemudian menyebarkan gambar-gambar tersebut di media sosial,” kata Singh kepada pemberita.

Pelakon dan model itu telah berkongsi foto itu pada hari ulang tahunnya. Dia bercuti di Goa bersama isterinya Ankita Konwar, yang juga didakwa mengambil gambar ini.

“Selamat ulang tahun saya dan berusia 55 tahun,” dia menulis kapsyen foto itu.

Foto itu menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen di media sosial dan ramai mengecam tindakan Milind Soman itu sebagai tidak bermoral.