Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

“Happy Anniversary”- BCL Hiasi Pusara Ashraf Sinclair Dengan Kelopak Mawar

by Khai Azfar
November 9, 2020
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Hari ulangtahun perkahwinan buat penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) pada tahun ini dan akan datang sudah pastinya memberi satu pengalaman berbeza tanpa suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair.

Hiasi Pusara Dengan Kelopak Mawar 

Lazimnya, tarikh 8 November pasangan romantis ini akan meraikan ulangtahun perkahwinan mereka namun bagi ulangtahun yang ke-11 BCL hanya mampu menziarahi pusara suaminya. Menerusi hantaran di laman Instagram, BCL berkongsi sekeping foto dirinya menziarahi pusara Ashraf yang telah dihiasi dengan himpunan kelopak mawar merah dan putih.

Dibanjiri Dengan Pelbagai Ucapan 

Malah, pelantun 12 Tahun Terindah ini sempat menulis ringkas ‘Selamat ulang tahun’sebagai kapsyen hantaran tersebut yang merujuk kepada ucapan hari ulangtahun mereka. Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut mengambil kesempatan itu dengan menzahirkan ucapan selamat ulng tahun buat BCL serta menitipkan doa buat Arwah Ashraf.

Sebagai info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta, Indonesia dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. Allahyarham Ashraf meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020 di kediaman mereka di Jakarta, Indonesia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
BCL: Eternal Love – Timeless Romance: Sebuah Persembahan Cinta yang Dinanti di Kuala Lumpur
bunga citra lestari
https://lomp.at/xcl00
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem