Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aina Abdul Tidak Sangka Akan Juarai The Masked Singer Malaysia

by Khai Azfar
November 9, 2020
Share on Facebook

Setelah lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri anjuran Astro Warna, The Masked Singer Malaysia telah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu di pentas akhir.

Aina Abdul Juara Musim Pertama 

Sejarah dilakar apabila pihak juri menobatkan vokalis, Aina Abdul yang menyarung kostum bunga raya sebagai juara musim pertama program itu. Menurut Aina, dia sama sekali tidak menjangkakan langsung kemenangannya itu namun sudah mengimpikan untuk mara ke peringkat akhir.

“Pada mulanya saya sertai program ini, saya memang sudah berniat untuk sampai ke peringkat akhir. Saya berusaha bersungguh-sungguh setiap minggu supaya Bunga Raya kekal di dalam program. Tetapi, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi juara. Saya tidak sangka akan menang kerana kesemua peserta yang lain juga hebat. Apa pun, saya bersyukur sangat kerana rezeki berpihak kepada saya.”

Saingan Sengit

Pada pentas akhir The Masked Singer Malaysia, Aina yang menerima markah sebanyak 96 peratus telah menyampaikan lagu Listen nyanyian asal Beyonce dan Malam Ini Kita Punya (Bunkface) dan Naib juara dimenangi oleh vokalis baharu Vanessa Reynauld (kostum Rajah Brooke) dengan markah sebanyak 95 peratus, dan tempat ketiga oleh artis rap, Tuju K-Clique (kostum Orang Utan) dengan markah sebanyak 94 peratus. Manakala, tempat keempat dan kelima menjadi milik Datin Alyah (kostum Wau) dengan markah 88 peratus dan Vince Chong (kostum Enggang) dengan 87 peratus.

Sebagai info, Program The Masked Singer Malaysia merupakan sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, menampilkan para selebriti ‘rahsia’ yang hadir daripada pelbagai cabang industri seni tanah air. Kesemua 12 selebriti ini beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri.

#JusticeForZara: Selebriti Dan Netizen Bersuara, Tuntut Keadilan Dibela!

Untuk musim pertama ini, seramai sembilan orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri telah diberi penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap dan mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas hos adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.

The Masked Singer Malaysia menggunakan format asal program realiti popular dari Korea
Selatan, ‘The King of Mask Singer’ yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ia berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.

Error happened.
aina abdulaina abdul the masked singer malaysiathe masked singer
https://lomp.at/sw8hw
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara