Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

6 Aplikasi Ini Paling Kuat Makan Data Internet! Tapi Ada Cara Nak Jimat…

by Phic ARMAN
November 9, 2020
627
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru tambah nilai prepaid dan langgan data internet, tetapi sekarang sudah habis? Anda mungkin tidak tahu, sebab-sebab mengapa kuota internet tiba-tiba habis. Mungkin pakej internet anda telah habis kerana aplikasi tertentu yang diam-diam menyedut data!

Walaupun anda tidak membuka aplikasi, namun ia dapat menarik sejumlah besar data. Jadi, ada ke cara untuk menghentikannya? Lihat perinciannya di sini!

Instagram

Sebagai media sosial berasaskan foto dan video, sudah tentu Instagram menggunakan lebih banyak data daripada media sosial berasaskan teks. Data anda dapat disedut ketika video di Instagram dimainkan secara automatik. Walau bagaimanapun, Instagram mempunyai tetapan di mana kita dapat mencegah pramuat video ketika menggunakan sambungan selular.

Sangat mudah, pertama, buka aplikasi Instagram kemudian pergi ke Profil> Tetapan> Akaun> Penggunaan Data Selular. Kemudian, hidupkan Penjimat Data dan Instagram akan memainkan media beresolusi tinggi dengan WiFi sahaja, bukan data selular anda. Langkah kecil ini dapat menjimatkan pakej data internet kita.

Facebook

Siapa yang sekarang masih suka membuka Facebook? Walaupun anda jarang membuka Facebook, aplikasi ini dapat menghabiskan kuota internet. Lebih-lebih lagi jika kita membuka media seperti foto dan video. Facebook boleh ditetapkan video secara automatik dan kuota internet pun boleh habis cepat.

Jadi apa anda harus buat? Anda boleh menghadkan pemutaran video automatik hanya untuk WiFi atau nyahaktif terus. Pertama, buka aplikasi Facebook, kemudian klik ikon tiga baris di bahagian kanan atas. Scroll ke bawah dan pilih Tetapan> Tetapan Akaun> Video dan Foto> Main Autoplay. Selepas itu, pilih “On Wi-Fi Connections Only”  atau “Never Autoplay Videos“.

Twitter

Walaupun asasnya adalah media sosial berasaskan teks dan tweet pendek, anda juga boleh memuat naik foto dan video ke Twitter. Sekiranya anda menghabiskan banyak masa di Twitter setiap hari, lebih baik mematikan video autoplay dalam tetapannya. Jadi, macam mana nak buat?

Buka aplikasi Twitter dan pilih Tetapan dan Privasi> Penggunaan Data. Di sini, anda boleh memilih untuk memilih penjimat data supaya video tidak dimainkan secara automatik dan gambar berkualiti rendah akan dimuatkan. Anda juga boleh memilih sama ada gambar dan video berkualiti tinggi akan dimainkan melalui WiFi atau pelan data.

Youtube

Kita semua tahu bahawa menonton video dari YouTube akan memakan banyak kuota internet. Menurut halaman Canstar Blue, memainkan video beresolusi 480p selama satu jam akan memakan 264 MB data. Sekiranya resolusi yang dipilih adalah 720p (HD) ia akan menghabiskan 870 MB data dalam satu jam dan 1080p (Full HD) akan memakan data 1.65 GB!

Untuk mengelakkan pembaziran data, buka YouTube dan klikprofil di sudut kanan atas. Selepas itu, pilih Tetapan> Umum> Hadkan Penggunaan Kuota Selular. Slide menjadi On dan kita akan melakukan streaming video HD pakai WiFi saja. Dengan ini, YouTube tidak akan memakan banyak data seperti sebelumnya.

Spotify

Anda salah seorang pengguna Spotify tapi nak jimat pakai data internet? Ada cara yang boleh dilakukanuntuk menjimatkan data, iaitu  dengan membuat album tersedia secara offline. Hal ini bisa dilakukan jika kamu adalah pelanggan Spotify Premium, seperti yang disarankan oleh laman Cnet.

Dengan offline, kita boleh memuat turun album dan playlist untuk menghindari streaming melalui sambungan selular. Caranya, saat melihat album atau playlist, klik Download untuk menambahkan trek ke telefon sehingga kamu tidak perlu lagi melakukan streaming. Jimat atau tidaknya data internet juga bergantung pada kualiti streaming yang kita pilih.

Netflix

Biasanya, kita menonton Netflix di komputer riba atau PC dengan sambungan internet melalui WiFi. Namun, ada kalanya kita ingin terus menonton dengan telefon pintar, terutamanya jika anda ingin menonton siri yang anda ikuti. Semasa menonton di telefon pintar, anda dapat menurunkan kualiti video agar kuota internet tidak habis dengan cepat.

Caranya adalah dengan membuka aplikasi Netflix, kemudian klik butang tiga baris di kiri atas. Scroll ke bawah dan pilih Tetapan Aplikasi> Penggunaan Data Selular. Matikan set automatik dan pilih kualiti streaming sederhana atau rendah ketika menggunakan mod mudah alih. Anda boleh menonton 4 jam dan hanya menghabiskan 1 GB!

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
telefon pintar
https://lomp.at/uigi0
Share251Tweet157SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem