Awal pagi tadi, dua individu dipercayai menginap di salah sebuah villa di The Banjaran Hotspring Retreat Tambun, Perak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di hotel itu.

Kejadian Awal Pagi

Terletak di kawasan gunung di Tambun, memetik laporan BERNAMA jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan yang menginap di hotel itu pada pukul 1.28 pagi.

IKLAN

“Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian,” katanya

Difahamkan,sehingga kini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa manakala maklumat lanjut mengenai identiti mangsa belum dikenal pasti.Pasukan penyelamat turut menemukan dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa itu di kawasan kejadian.