Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Daebak! 5 Drama Korea ‘On-Going’ Terbaik Sepanjang November Ini

by Naddy Joe
November 11, 2020
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti yang kita ketahui, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) dilanjutkan sehingga awal Disember . Anda kadangkala sudah tentu rasa bosan memikirkan apa aktiviti yang ingin dilakukan di rumah. Berikut 5 drama Korea terbaik untuk anda tonton sepanjang November ini. Stay tune guys!

The Penthouse

Drama ini mengisahkan kehidupan keluarga elit di sebuah penthouse mewah 100 tingkat. Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah) seorang wanita elegan yang digelar ratu penthouse yang tidak pernah merasa miskin sepanjang hidupnya. Bukan itu sahaja, Kim So Yeon yang memegang watak sebagai Cheon Seo Jin, iaitu seorang wanita kaya yang sombong.

Kehidupan orang-orang kaya ini menjadi semakin rumit setelah bertemu dengan Oh Yoon Hee (Eugene), seorang wanita yang berasal dari keluarga miskin. Yoon Hee bekerja keras untuk berjaya dan mahu menjadi sebahagian daripada orang kaya demi anak-anaknya.

https://www.youtube.com/watch?v=tT2gXQixPFk

Start-Up

Drama Start-Up ini mengisahkan tentang orang yang mempunyai impian untuk memulakan syarikat mereka sendiri. Seo Dal Mi (Bae Suzy) yang mempunyai keinginan untuk mengalahkan kakaknya dari segi kerjaya kerana dendam pada masa lalu. Dal Mi sangat berminat untuk memiliki syarikat dan menjadi CEO dalam syarikat tersebut.

Suatu hari, Dal Mi bertemu dengan Nam Do San (Nam Joo Hyuk), yang merupakan pengasas syarikat teknologi yang mahir dalam matematik. Namun sayangnya, Nam Do San tidak mempunyai bakat untuk menjadi CEO. Hal ini membuatkan Dal Mi melihat peluang untuk mencapai impiannya. Adakah Dal Mi dapat merealisasikan impiannya?

YouTube video

Tale of the Nine-Tailed

Drama ini mengisahkan seorang gumiho yang berusia 1000 tahun bernama Lee Yeon (Lee Dong Wook) melepaskan jawatannya sebagai semangat gunung Baekdudaegan untuk mencari penjelmaan semula cinta sejatinya iaitu Ah-Eum (Jo Bo-Ah). Beliau mengikuti jiwanya sehingga ke Sungai Samdo dan memberikannya manik sebagai tanda ketika dia dilahirkan semula. Adakah mereka bertemu semula?

YouTube video

Do Do Sol Sol La La Sol

Drama romantik komedi ini mengisahkan Goo Ra-ra (Go Ara) seorang pemain piano yang mempunyai keperibadian yang sangat ceria. Namun sesuatu berlaku dan menyebabkan beliau muflis. Beliau tidak mempunyai apa-apa dan menyebabkan beliau kecewa dengan keadaannya yang sekarang.

Sunwoo Joon (Lee Jae Wook) seorang yang tidak mengambil peduli tentang pendapat orang lain terhadapnya, tetapi beliau seorang yang berjiwa bebas dan tidak mempunyai tujuan dan matlamat untuk hidupnya. Beliau memenuhi keperluan dengan bekerja secara sambilan.  Goo Ra-Ra bertemu dengan Sunwoo Joon di sebuah akademi piano swasta LaLa Land di sebuah desa. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

YouTube video

Search

Drama ini mengisahkan Yong Dong Jin (Jang Dong Yoon) yang merupakan seorang sarjan dalam angkatan tentera bersenjata Korea Selatan. Beliau juga pengendali anjing sniffer yang terkemuka di dalam tentera dan hanya tinggal satu bulan lagi dari menerima pelepasan yang ditunggu-tunggu beliau.

Tetapi apabila tinggal lagi seminggu untuk beliau menyertai semula dunia awam, suatu kes misteri telah berlaku. Apakah kes misteri tersebut? Adakah beliau akan terselamat?

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/kxkdh
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem