Arjun Rampal adalah selebriti Bollywood terbaru yang berada di bawah pengawasan NCB (Biro Pengendalian Narkotik). Ia selepas agensi anti-dadah itu menyerbu kediaman pelakon itu pada pagi Isnin (9/11).

Dipetik dari laporan oleh PinkVilla, selepas menyerbu apartmen pelakon itu, Arjun dan kekasihnya Gabriella kini telah dipanggil oleh NCB. Pasangan itu telah dipanggil untuk disoal siasat pada 11 November ini.

IKLAN

ANI mengesahkan perkembangan itu ketika menulis dalam sebuah tweet,

Dipetik dari Indian Express, barang-barang milik lelaki 47 tahun itu juga dibawa. Mereka menemui pil yang belum diketahui jenisnya samada ubat terlarang atau tidak.  11 alat elektronik, termasuk komputer riba, telefon bimbit, pendrive dan tablet turut dirampas.

Pegawai NCB pada hari Isnin dilihat meninggalkan premis pelakon itu dengan seorang lagi pegawai malah membawa beg pakaian biru besar bersama mereka. Rupanya, Arjun dan mendiang Sushant Singh Rajput tinggal di bangunan yang sama bernama Capri Heights sehingga pihak polis mencurigai adanya kes dadah.

VIA The Quint

Beberapa hari yang lalu, abang kandung Gabriella, Agisilaos Demetriades dibawa ke tahanan NCB untuk kali kedua.

Kasus dadah di Bollywood masih terus diselidiki hingga saat ini. Sementara, dua bulan lalu nama Deepika Padukone, Rhea Chakraborty hingga Sara Ali Khan ikut disiasat.