Sejak bertapak di Malaysia, jenama Uniqlo mempunyai pelanggan setianya tersendiri dan tidak hairanlah hampir kebanyakan pusat membeli-belah utama di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur pasti mempunyai cawangannya.

Ulangtahun Uniqlo Ke-10

Terbaru, bersempena dengan ulang tahun ke-10 Uniqlo di Malaysia pada bulan ini, Uniqlo telah bergerak selangkah lagi ke hadapan dengan mengumumkan butik ‘stand-alone’ pertama mereka. Difahamkan, lokasi butik Uniqlo ini telah dibina berhampiran Damansara Avenue.

IKLAN

Butik Uniqlo Terbesar Di Malaysia

Menerusi perkongsian grafik konsep butik itu yang mula tular di media sosial kelihatan saiznya yang cukup besar dan semestinya menjanjikan keselesaan orang ramai untuk membeli-belah di Uniqlo. Bukan itu sahaja, turut kelihatan adalah kemudahan ruangan parkir dan kemudahan golongan kurang upaya turut disediakan.

Bakal dibuka pada awal Disember 2020 ini, Uniqlo dijangka akan menawarkan pelbagai promosi istimewa bersempena dengan pembukaan butik tunggal pertama mereka itu. “Welcome To Uniqlo!”