Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Menarik! 10 Program Terbaik Sempena Deepavali Di TV2

by Naddy Joe
November 13, 2020
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Bersempena dengan perayaan Deepavali yang bakal disambut oleh penganut Hindu pada 14 November (Sabtu) ini. Sepanjang dua hari berturut-turut iaitu 14 dan 15 November ini, bermacam-macam genre pilihan program boleh dinikmati penonton. Murai.My ingin berkongsi pelbagai program menarik buat seisi keluarga yang disediakan oleh pihak RTM.

Program Menarik Sempena Deepavali

Sesuai dengan saranan kerajaan untuk menggalakkan hanya duduk di rumah bagi mengelakkan penularan COVID-19, pelbagai program menarik ditayangkan di TV2. Berikut adalah program yang bakal ditayangkan di TV2.

En Iniya Ponnilave- 10.00 pagi

Kisah tentang seorang anak gadis bernama Pungguzhali yang berusaha untuk mencari wanita pertama yang dicintai oleh datuknya, Govinthasamy yang juga mempunyai nama yang sama dengannya. Kebetulan, wanita itu adalah nenek kepada Roshan, rakan sekolah yang selalu membulinya. Pungguzhali berhasrat untuk bekerjasama dengan Roshan untuk menjemput neneknya ke rumah untuk berbual-bual dengan Govinthasamy sempena perayaan Deepavali.

Pertandingan Akhir Bintang Minnal @ RTM 2020- 2.00 petang

Pertandingan ini mengetengahkan keupayaan lapan peserta akhir bertanding mendendangkan lagu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil yang semestinya menguji tahap ketahanan vokal mereka. Peserta bertanding ialah Piraveen, Mithelle, Thiviya, Dhana, Gayathiry, Arulini, Jaya Bharkavee dan Ruhan.

Vedigundu Pasangge – 4.00 petang

Mengisahkan Theva yang menguruskan kebun pisang milik ayahnya dan jatuh cinta dengan Vithya. Manakala bos pula merupakan seorang peragut di Kuala Lumpur. Theva berdepan dengan pelbagai konflik sehinggakan dia merasa hidupnya diselubungi misteri.

Vazhi – 8.30 malam

Mengisahkan seorang suami mengajar isterinya memandu kereta di sebuah padang bola. Siva terpaksa mengajar isterinya Kamini memandu kerana Siva tidak dapat pulang ke rumah atas urusan kerja sempena Deepavali. Siva tertekan dengan Kamini yang sering mempersoalkan caranya mengajar. Berlaku pelbagai aksi lucu antara suami dan isteri ini. Kamini akhirnya berjaya membawa kereta dengan cemerlang walaupun Siva cedera dan perlu dikejarkan ke hospital.

Ithu Enggal Deepavali – 9.00 malam

Program yang berkonsepkan variasi ini menggambarkan kegembiraan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia menyambut Hari Deepavali bersama-sama dalam keadaan norma baharu. Konsep oli Tharuvom, digambarkan melalui berbuat baik sesama masyarakat agar hidup aman sejahtera. Penampilan khas youtuber Sugu Pavithra, pelakon komedi popular Sathiya dan DJ Minnalfm menerajui segmen #olitharuvom. Pengacara program Banumathi dan DJ Theyvigan (Minnalfm). Turut menampilkan artis popular dalam persembahan ini antaranya Shantesh, Floor 88, Abimnayu, Darshaini, Kumaresh.

Thiruttu Payale 2 – 10.30 malam

Cereka Tamil ini membawa cerita seorang polis menyiasat kes di facebook yang mempergunakan dan memperdayakan wanita-wanita yang tidak bersalah. Pelakon Amala Paul, Shyam Prasad dan Prasanna.

Fresh Brew- 11.00 pagi

Program khas berbahasa Inggeris Sempena Deepavali

Vasantham – 1.00 tengah hari

Bual Bicara berbahasa Tamil sempena Deepavali

Laddu- 2.00 petang

Telemovie yang mengisahkan Saranya merancang untuk menggembirakan anaknya Jeeshvani (Laadu) yang menghidap barah otak sempena sambutan Deepavali. Rakan-rakannya sekolah Laddu turut membantu menjayakan 10 rancangan ibu Laddu.

Velaikkaran- 9.30 malam

Filem yang menarik ini dikongsikan kisah perjuangan seorang pekerja bawahan menentang majikannya yang telah mengetepikan kebajikan pengguna dalam produk makanan yang djual. Kemarahan tercetus apabila seorang ibu kehilangan anaknya akibat memakan makanan ‘chemical’  keluaran majikannya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/ztevz
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem