Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Enggan Salahkan Sesiapa, Nomad Akur Kesilapan Sendiri Punca Tersingkir

by Khai Azfar
November 12, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Nomad akur dengan keputusan juri apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima rancangan realiti Gegar Vaganza (GV7) Ahad lalu.

Hadapi Masalah Teknikal 

Mendendangkan lagu Kasih Latifah nyanyian asal kumpulan Spider, menurut Nomad terdapat masalah teknikal ketika persembahannya itu dan menyangkal dakwaan kononnya dia terlupa lirik. Bagaimanapun, Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alieef Ayub,33 tidak menyalahkan mana-mana pihak dan meletakkan sepenuh kesilapan itu ke atas dirinya sendiri.

“Untuk hadapi masalah seperti itu sebenarnya saya belum bersedia makna nya salah saya sebab saya tak bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadi masalah teknikal memang berlaku tetapi persediaan sebagai seorang penyanyi patut ada dekat situlah saya tak dapat nak ‘catch up’. Minggu pertama hingga keempat semuanya Alhamdulillah walaupun ada masalah pithching dan flat itu semua adalah lumrah bagi bagi penyanyi”

“Kalau boleh saya tak nak komen banyak dari segi teknikal biarlah saya cakap persediaan saya agak kurang bagi minggu kelima” kata Nomad kepada Murai.my

Tampil Dengan Single Baharu

Enggan ‘hilang’ di dalam industri, Nomad berkata dia bakal tampil dengan sebuah single baharu tidak lama lagi sebagai ‘comeback’ nya.

“Perjalanan selepas GV ini adalah satu norma baharu yang mana saya melangkah semula ke dalam industri sebenar. Saya dan Indigital Music tengah menyelesaikan muzik video untuk single saya dalam masa terdekat ini”

“Sebenarnya saya dah rancang untuk keluarkan lagu ini sebelum saya masuk GV lagi tapi ada rezeki dalam GV, saya jalankan GV dahulu dan sekiranya tersingkir dalam minggu kedua sekalipun inilah perjalanan saya yang seterusnya” tambah Nomad

Dalam konsert minggu kelima itu, Nomad berada di kedudukan terbawah dengan perolehan markah sebanyak 41.40% di belakang Yantzen dengan markahnya 60.00%

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
nomad
https://lomp.at/lpz2v
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem