Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Daripada Video Parodi, Nursyafiq Naser Kini Bergelar Penyanyi

by Khai Azfar
November 12, 2020
Share on Facebook

Melihatkan pada video-video parodi yang sering kali dimuatnaik di laman Instagram, siapa sangka pengamal media sosial terkenal ini punyai bakat yang tersembunyi di dalam bidang nyanyian.

Curi Perhatian

Via Instagram TV3

Kemunculan Nursyafiq Naser,25 menerusi program realiti Vokal Mania baru-baru ini ternyata mencuri perhatian ramai. Meskipun tewas dalam saingannya dengan penyanyi popular, Tomok namun bakat yang dimiliknya dipuji oleh warganet. Menurut Syafiq ketika ditemui Murai.my, pada mulanya dia hanya sekadar memuatnaik video-video parodi di laman Instagram namun tidak menyangka bahawa pihak Indigital Music berminat untuk mencungkil bakatnya.

“Sebenarnya saya bermula Instagram dengan memuatnaik video-video kelakar dan saya tidak tahu sebenarnya Indigital Music tengah mencari bakat baharu sama ada dalam bidang nyanyian atau bakat lain”

“Waktu itu saya belum berani bagi keputusan kerana masih bekerja sepenuh masa dan takut sekiranya tidak boleh beri komitmen 100% sekiranya ada tugasan yang diperlukan sehinggalah beberapa minggu lalu saya membuat keputusan untuk sertai Indigital Music dan membuat kemunculan di dalam Vokal Mania” Katanya

Kagum Dengan Sajat

Mengenai kandungan video-video nya, antara video yang mendapat perhatian ramai adalah video parodi usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman yang mana cukup mencuit hati.

View this post on Instagram

A post shared by SYAFIQNASER (@nursyafiqnaser)

Bercakap mengenai pembikinan video itu, dedah Syafiq dia akan sentiasa memastikan video-video yang dihasilkan mengikut perkembangan terkini. Malah dia turut akui sering kali memuatnaik parodi Sajat kerana mengagumi aura yang dibawanya.

“Saya rasa sebab dia seorang yang orang sentiasa looking forward dan orang nak tengok dia. Kalau ikutkan mungkin ada kontroversi nya tersendiri, namun orang masih nak tengok dia kerana dia menghiburkan”

“Sajat sendiri pun pernah komen dekat saya ‘Nakal awak ni’ dan mungkin dia okay sahaja saya buat parodi tersebut” jelasnya

Mengenai perjalanan seninya pula selepas ini, dia tidak meletakkan sebarang genre sekiranya diberi peluang untuk merakamkan single baharu dan mendedahkan tidak menyangka bahawa kini telah bergelar sebagai seorang selebriti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Nursyafiq Naser
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara