Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Jangan Buang 5 Produk Penjagaan Kulit Ini Jika Tak Sesuai. Ini Sebabnya!

by Amirul Fikry
November 21, 2020
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Seiring dengan peredaran zaman, kemunculan pelbagai jenis produk kecantikan dan penjagaan kulit terus berinovasi dan ianya sangat menarik perhatian tidak kira lelaki atau wanita. Walaupun terlalu ramai yang mengeluarkan produk seperti ini, namun ianya masih terus pesat kerana telah menjadi seperti satu trend semasa.

Terdapat berbagai-bagai jenis produk kecantikan dan penjagaan kulit yang terdapat di pasaran dengan harga dan jenama yang pelbagai dengan kelebihan yang tersendiri. Apa yang menariknya, sebilangan daripada kita mengakui bahawa mereka tidak keberatan untuk menghabiskan lebih banyak wang untuk menjadikan diri mereka kelihatan cantik dan menarik.

Tetapi sayangnya, bukan semua jenis produk kecantikan dan penjagaan kulit yang digunakan sesuai dengan kulit wajah kita. Daripada menjadikannya halus dan bercahaya, produk penjagaan kulit yang tidak sesuai juga sebenarnya boleh juga menyebabkan kulit wajah mendapat iritasi, kemerahan dan munculnya jerawat yang banyak.

Sekiranya ini yang berlaku pada anda, anda perlu berhenti daripada terus menggunakan produk tersebut bagi mengelakkan daripada masalah kulit yang lebih serius. Tapi anda harus ingat, jangan membazir dan jangan terus buang produk tersebut kerana ia masih boleh digunakan untuk perkara lain.

Anda nak tahu? Jom kita tengok apa manfaat lain yang boleh kita buat dengan produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah kita tanpa sebarang pembaziran.

Pembersih Muka – Pencuci Tangan

via Pos Kupang

Tahukah anda bahawa pembersih muka yang tidak sesuai dengan kulit wajah boleh digunakan sebagai pencuci tangan? Daripada terus membuangnya, lebih baik habiskan sebagai sabun pencuci tangan kerana pembersih muka ternyata bukan sahaja dapat membersihkan kulit wajah tetapi ia juga dapat merawat masalah kulit yang lain seperti kulit tangan yang kering dan tapak tangan yang kasar.

Pelembap – Krim Tangan 

via goodhealtharabia.com

Pelembap adalah salah satu produk untuk kulit wajah yang sangat penting. Ini kerana ianya dapat menjadikan kulit wajah lebih lembap dan terhidrat. Sekiranya anda mempunyai pelembap yang yang tidak digunakan kerana tidak sesuai dengan kulit wajah, anda juga boleh menggunakannya sebagai krim tangan.

Anda juga boleh menggunakan pelembap ini di bahagian lain seperti tumit kaki, siku dan lutut. Ini kerana bahagian tersebut cenderung lebih kasar dan kering. Maka penjagaan khas perlu diberikan selain daripada menggunakan losyen yang biasa. Pastikan juga pelembap tersebut tidak mengandungi bahan yang boleh merengsakan kulit dan sensitif seperti AHA/BHA dan Retinol!

Krim Mata – Pelembap Leher

via Shutterstock

Ada krim mata tetapi tidak menggunakannya? Jangan risau, sebelum produk ini mencapai tarikh luput, sebaiknya ia digunakan sebagai rawatan badan yang lain. Salah satunya adalah di bahagian leher.

Menurut beberapa pakar, kawasan mata dan leher sama-sama mudah cenderung mengalami penuaan dan munculnya garis-garis halus dengan lebih cepat. Jadi, cuba pakai krim mata di bahagian leher dan lihat sama ada ianya mendapat iritasi atau lebih bernutrisi. Sekiranya sesuai, teruskan menggunakannya sehingga kulit leher lebih tegang dan bebas kedutan.

Toner – Pembersih Objek

via hijabnheels.com

Sama seperti pelembap, toner juga merupakan produk penjagaan kulit yang penting dan pasti dimiliki oleh sesiapa sahaja. Sekiranya anda mempunyai toner yang tidak sesuai dan tidak digunakan, jangan dibuang produk tersebut kerana ianya masih boleh dipakai untuk sesuatu yang lebih berguna seperti membersihkan objek yang diperbuat daripada kaca. Contohnya komputer riba, skrin TV, cermin mata, skrin telefon bimbit dan sebagainya. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya dapat membantu menjadikan item ini lebih bersih.

Face Oil – Minyak Badan

via Evening Standard

Agak sukar untuk mendapatkan face oil yang sesuai dengan kulit wajah. Anda mesti melalui proses percubaan dan kesilapan yang berulang-ulang kali untuk mendapatkan face oil yang betul-betul sesuai dengan kulit muka. Sekiranya anda memilih yang salah dan kurang sesuai, biasanya wajah akan menjadi lebih berminyak dan akan menyebabkan kegatalan. Jika ini terjadi, pastikan anda tidak terus menggunakannya.

Bagi tidak berlakunya pembaziran, anda boleh menggantikan face oil sebagai minyak yang boleh di sapu di bahagian badan, jari atau juga kuku. Ini bertujuan untuk menyuburkan dan kulit tidak menjadi kering. Ini juga akan menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan bernutrisi. Kandungan minyak yang terdapat dalam face oil dapat memberi nutrisi tambahan pada kulit agar kulit sihat, lembap dan kenyal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
janganbuang produkkecantikan tidaksesuaipadawajah
https://lomp.at/93p2f
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem