Sejak beberapa hari yang lalu, di media sosial terdapat pertikaian daripada warganet berkenaan kebenaran penganjuran pelbagai acara seni dan hiburan yang ditayangkan di beberapa stesen televisyen. Dalam pada itu, segelintir daripada mereka turut mempertikaikan kebenaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) yang akan bersiaran langsung pada malam ini memandangkan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tidak Perlu Dibatalkan

Berhubung dengan perkara itu,memetik laporan Berita Harian Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan.

IKLAN

Beliau berkata, semua yang terbabit perlu mematuhi SOP yang ditetapkan, iaitu acara berkenaan tiada penonton dan tidak membabitkan tenaga kerja asing, selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum. Tegasnya, majlis anugerah itu juga dipantau oleh wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika berlaku perlanggaran (SOP), penganjur akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang media petang semalam

Elly Mazlein, Mira Filzah Diramal Sebagai Bintang Paling Popular

Via Instagram Elly Mazlein

Dalam perkembangan lain,pelbagai ramalan awal daripada peminat terus berlegar di media sosial mengenai selebriti yang akan dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 33. Antara nama-nama selebriti yang diramal peminat berdasarkan populariti mereka tersendiri sejak tahun lalu adalah seperti Elly Mazlein dan berkemungkinan mengekalkan kejuaraannya, Mira Filzah yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 32.

Pentas ABPBH 33 bakal dihangatkan dengan pelbagai persembahan seperti membabitkan gandingan Azlan Typewriter, Yonniboii dan Zynakal; Faizal Tahir, Elly Mazlein, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza Aziz dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique dan ramai lagi.  ABPBH33 bakal disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil menerusi TV3 jam 9 malam ini.