Hari ini (13/11) aktres bollywood Juhi Chawla menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-53. Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia hiburan, Juhi Chawla dan Salman Khan pernah digandingkan bersama dalam filem Deewana Mastana pada tahun 1997. Difahamkan pasangan ini menjalinkan hubungan istimewa namun ia tidak berpanjangan.

Para peminat bollywood pasti sudah mengetahui bahawa Juhi Chawla kini menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya Jay Mehta. Sementara Salman Khan terus kekal sebagai salah aktor dengan status bujang terhangat di Bollywood.

IKLAN

Namun, ramai peminat yang tidak tahu bahawa ternyata Salman pernah melamar Juhi Chawla. Salman sempat meluahkan perasaannya secara langsung kepada Juhi. Dalam sebuah acara, bekas kekasih Katrina Kaif itu mengaku  telah melamar Juhi, tetapi ditolak oleh bapa Juhi.

Dan sekarang, video pengakuan Salman mengenai permohonannya tiba-tiba kembali menjadi viral. Dalam video itu, Salman mengatakan bahawa bapa Juhi menolak lamarannya tanpa berfikir panjang.

“Dia (Juhi) sangat manis. Dia gadis yang menarik. Saya berjumpa ayahnya untuk mengizinkan saya menikahi Juhi. Tetapi, dia berkata, ‘Tidak!’” Kata Salman dalam video itu.

Ketika ditanya apa alasan ayah Juhi menolak lamarannya, Salman mengatakan dia tidak tahu. “Mungkin tidak sesuai dengan harga. Saya rasa!”– gurau Salman.

Juhi secara diam-diam berkahwin dengan Jay di puncak kariernya, dengan hanya beberapa teman rapat saja yang tahu. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata, seorang anak perempuan bernama Janhavi dan anak lelaki bernama Arjun. Dalam temu bual awal tahun ini, dia mengatakan bahawa dia merahsiakan perkahwinannya kerana dia bimbang kariernya akan musnah pada ketika itu.