Sebentar tadi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) telah menobatkan Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular Malam edisi ini dengan jumlah peratusan undi sebanyak 22,332,676 undian.

Dengan kemenangan itu, Haqiem membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan LEAF serba baharu dengan kuasa elektrik 100% dan sifar emisi, berharga RM181,263 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta sebuah trofi. Dalam edisi ini Haqiem turut memenangi Anugerah Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia.

IKLAN

Selebriti lain yang turut mengungguli beberapa anugerah yang dipertandingkan adalah Sherry Al-Hadad yang meraih Pengacara TV Popular serta Artis Komedi Popular  manakala  kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular disandang oleh Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Senarai Pemenang ABPBH33

Tidak terkecuali, trofi penyampai radio popular telah disandang oleh DJ Lin buat kali ketiga berturut-turut. Berikut kami tampilkan senarai penuh pemenang-pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33. Tahniah diucapkan buat semua pemenang!

1. Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana Che Azmi
2. Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-E
3. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Khai Bahar dan Siti Nordiana
4. Penyampai Radio Popular – DJ Lin 
5. Pengacara TV Popular – Sherry Al-Hadad
6. Artis Versatil Popular – Siti Nordiana 
7. Artis Komedi Popular – Sherry Al-Hadad 
8. Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita 
9. Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia – Haqiem Rusli 
10. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha 
11. Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir 
12. Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid 
13. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim 
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat –  Francisca Peter 
15. Anugerah Bintang Paling Popular – Haqiem Rusli