Pernah atau tidak anda memakan makanan yang dianggap busuk, tetapi amat digemari oleh sesetengah masyarakat lain? Di dunia ini terdapat pelbagai jenis makanan dan berikut adalah 5 jenis makanan yang berbau busuk, tetapi masih di gemari oleh sesetengan masyarakat menurut Open Journey.

1Kimchi

via Remotelands

Rakyat Korea amat menyukai makanan yang satu ini. Tidak lengkap sajian Korea tanpa Kimchi. Kerana popularnya k-pop dan k-drama, ia makin digemari di rantau Asia termasuklah negara kita.

Kimchi adalah kubis yang melalui proses penapaian dan diperap dengan beberapa rencah. Ada sesetengah orang tidak tahan akan baunya yang agak menyengat.

IKLAN

2Natto

via Toyokeizal

Natto adalah sajian Jepun yang berupa kacang soya yang ditapai dan keadaanya berlendir. Ia biasa dimakan untuk sarapan atau diletak atas nasi, sushi atau ditambah ke dalam semangkuk mi.

Menurut Open Journey, hidangan ini berasakan sos kicap dan ‘mustard’ China yang dimasukkan ke dalam kacang soya dan dikacau yang menyebabkan buih timbul dan hidangan ini menjadi berlendir dan ‘bertali’.

3Sustromming

via Vice

Sustromming adalah hidangan ikan hering yang diawetkan dan ia adalah makanan kegemaran rakyat Sweeden utara. Mereka membuat penapaian pada ikan herring selama beberapa bulan.

Ia biasanya ditinkan, dan apabila dibuka baunya seperti aroma telur busuk, cuka dan mentega tengik. Namun makanan ini sangat disukai sehinggakan ada muzium yang dibina khusus untuk sajian sustromming ini.

4Tauhu Berbau (Stinky Tofu)

via Science Food

Menurut Open Journey, sepadan dengan nama ‘stinky’, sajian ini adalah sejenis tauhu yang sangat berbau dan sangat terkenal di negara China. Ia adalah tauhu segar yang mengandungi air garam, susu yang ditapai, daging dan sayuran.

Air garam yang dituangkan menyebabkan ia menjadi berbau. Untuk pengetahuan anda, makin kuat bau ia makin disukai oleh masyarakat di China.

5Hakarl

via Culinary School

Daging ikan jerung yang ditapai ini adalah sajian lazat kesukaan masyarakat Iceland. Disebabkan sukar mendapatkan ikan, maka masyarakat di sini mengawet ikan jerung ini.

Bau hancing makanan ini datangnya dari air kencing ikan jerung yang menyalutinya hinggakan ia menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

Jadi untuk anda yang sukakan cabaran dan mencuba perkara baru, anda boleh mencuba makanan-makanan di atas. Pasti menarik!