Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Dah Boleh Tukar Baru Jika Smartphone Anda Ada 5 ‘Simptom-Simptom’ Ini

by Naddy Joe
November 16, 2020
120
KONGSIAN
Share on Facebook

Membeli smartphone adalah satu pelaburan yang besar. Hal ini membuatkan kebanyakan orang mahu menggunakannya seberapa lama yang boleh. Satu penyelidikan yang dijalankan oleh Strategy Analytics menunjukkan bahawa pengguna telefon pintar kini menunggu hampir tiga tahun sebelum menggantikan telefon pintar yang baru.

Walaupun ianya dapat menjadi strategi yang baik untuk anggaran bajet anda, namun menggunakan telefon pintar lebih lama daripada yang dimaksudkan akan memberikan kesan seperti kualiti sound yang teruk, isu keselamatan, dan banyak lagi. Berikut adalah tanda-tanda bahawa sudah tiba masanya untuk anda menukar smartphone yang baru. Stay tune guys!

Bateri Cepat Habis

via Getty Images

Jika satu pengecasan penuh hanya tinggal sebahagian kecil dari masa yang digunakan dan telefon anda sentiasa perlu dicas, maka sudah tiba masanya untuk anda upgrade yang baru. Menurut Jonathon Nantz, jurutera sokongan pengeluaran Republic Wireless menyatakan bahawa lama kelamaan semakin banyak perkara lain yang digunakan untuk telefon pintar anda, bateri anda akan cepat habis.

Panggilan Telefon Yang Tidak Jelas

via Getty Images

Awak dengar tak saya call ni? Jika jawapannya tidak, walaupun anda berada di lokasi yang mempunyai coverage yang kuat, masalahnya bukan pada coverage tetapi ianya disebabkan mikrofon pada smartphone anda. Apabila mikrofon pada smartphone mula usang, mereka di dalam panggilan akan terus mengadu bahjawa mereka tidak memahami apa yang anda katakan kerana suara anda kedengaran sangat sunyi atau bunyi yang cuts in and out.

Touch Screen Terganggu

via Getty Images

Adakah anda menyedari bahawa skrin sentuh anda semakin tidak selari dengan swipes anda? Hal ini kerana apabila sensor di dalamnya mula down, kadangkala telefon pintar anda akan berfungsi dengan baik, dan pada masa lain anda perlu swipe atau tap berulang kali untuk mendapatkan respon.

Apabila hal ini sudah berlaku, ia adalah petanda bahawa anda perlu mula menukar telefon pintar yang baru. Secara tipikalnya, anda boleh memperbaiki skrin anda, tetapi jika telefon pintar anda sudah lama, kos untuk pembaikan kebiasannya lebih tinggi daripada nilai sebenar telefon pintar anda.

Sistem Operasi Yang Sudah Outdated

via Getty Images

Apabila anda tidak dapat mengemaskini sistem operasi yang terkini disebabkan hardware yang sudah lapuk, telefon pintar anda akan menjadi lambat dan berpotensi terdedah kepada ancaman keselamatan. Kata Moore-Crispin, Google Operating System yang terkini untuk jenis telefon anda dan periksa tetapan pada telefon anda untuk memastikan peranti anda dikemaskini.

Sekiranya anda tidak dapat memuat turun latest update, sudah tiba masanya untuk anda upgrade telefon pintar yang baru. Sekadar makluman. kebiasaannya telefon pintar mengambil masa sekitar tiga tahun untuk sesebuah telefon pintar itu mengalami sistem operasi yang outdated. Walaupun ianya bukan peraturan, ia boleh berlaku dengan cepat atau lambat, bergantung pada pengeluar telefon pintar itu sendiri.

Storage Yang Tidak Akan Mencukupi

Adakah anda sentiasa memadam foto dan uninstall aplikasi disebabkan storage anda sudah penuh? Dan telefon pintar anda tidak mempunyai external memory yang boleh anda upgrade dalam bentuk kad microSD yang lebih baik? Sudah tiba masanya anda upgrade telefon pintar yang baru. Kebiasannya telefon pintar yang lama mempunyai memori sekitar 4 hingga 8GB, tetapi ianya tidak cukup dengan aplikasi hari ini, terutamanya jika anda turut  menyimpan foto di dalam telefon pintar anda.

Sekiranya anda tidak menggunakan aplikasi yang banyak dan masih menggunakan kamera biasa untuk sebahagian besar foto anda, memori sekitar 32 hingga 64GB semestinya sesuai untuk anda. Tetapi anda boleh mendapatkan memory storage sehingga 1 TB pada telefon pintar yang baru, yang mana ianya sangat penting jika anda ingin mengambil gambar dengan menyimpannya di tempat yang sama.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/w422l
Share48Tweet30SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem