Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Lagu Baharu Wani Syaz, Habibi Dipuji Ramai Peminat

by Khai Azfar
November 17, 2020
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul Pendusta Cinta sebelum ini, namun kecamana itu membuatkan penyanyi Wani Syaz atau nama sebenarnya Nursyazwani binti Selamat,23 lebih dikenali ramai.

Ingin Keluar Dari Zon Selesa

Ramai dikalangan netizen yang menyokong tindakan berani Wani dan tidak kurang juga yang mengecam. Namun jika dilihat dari sudut positif, tindakan yang diambil amat bertepatan dengan lagu tersebut malah menampakkan kematangan Wani Syaz yang sebelum ini hanya sekadar berada di zon selesa.

“Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya memang sedikit malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula. Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bosan, dan syukur muzik video tersebut mencecah 26 juta tontonan di Youtube” kata Wani kepada edaran pihak Murai.my

Terdahulu, penyanyi bersuara lunak ini pernah menyertai pertandingan Gema Gegar Vaganza dan dianggap sebagai salah satu tindakan berani Wani sepanjang bergelar anak seni.

“Sebelum menyertai GGV ramai yang tidak tahu dan tidak yakin akan kemampuan saya membawakan lagu – lagu bernada tinggi, tetapi setelah menyertai pertandingan tersebut ternyata saya berjaya membuka mata ramai pihak akan kemampuan saya termasuk syarikat rakaman saya FMC Music.” katanya lagi

Habibi Buat Peminat

Kembali mengubati kerinduan peminat meskipun negara berada dalam norma baharu, Wani telah berkongsi secara rasmi single nya yang ke-9 yang telah pun dimuatnaik di saluran youtube FMC Music.Mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden,Habibi merupakan lagu ciptaan dan lirik oleh DJ Fuzz, Aziquebeats dan Waris. Malah lagu ini juga merupakan gandingan kedua Wani bersama Waris.

Menurut Wani, dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu irama sebegini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini merupakan genre kegemaran dan dikatakan sangat bersesuaian dengan vokalnya.

“Moga – moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan kecam saya. Bagilah peluang saya keluar dari kotak dan zon selesa saya, kalau boleh dimasa akan datang saya nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya saya dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal saya” tambahnya

Dalam pada itu ,Wani turut berharap Lagu Habibi ini mendapat tontonan yang lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang telah mencecah 26 juta tontonan. Sejak dimuatnaik, lagu ini mendapat respon yang cukup positif daripada peminat malah ada diantaranya teruja untuk melihat Habibi masuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak.

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
wani syazWani Syaz Habibi
https://lomp.at/n6woi
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem