Sebut sahaja buah termahal, pasti ada sesetengah daripada kita memikirkan durian “Musang King” dan beberapa jenis grad durian lain yang ada bukan? Tetapi tahukah anda, menurut Fresh Plaza, terdapat 5 lagi jenis buah yang paling mahal di dunia.

1Anggur Ruby Roman – RM46,000

via Daily Mail

Mempunyai saiz yang jauh lebih besar berbanding anggur biasa, anggur Ruby Roman ini ditanam di daerah Ishikawa, Jepun. Anggur ini mengambil masa selama 2 tahun untuk dihasilkan setiap biji. Harga paling tinggi pernah dicapai untuk anggur ini adalah RM46,000 dalam satu lelongan tahun 2019.

IKLAN

2Nenas Cornwall – RM55,000

via Cornwill Live

Nenas yang terletak di Cornwill ini mencecah harga yang mahal disebabkan cara penanaman yang unik. Penanaman nenas ini menggunakan najis dan air kencing kuda dan menggunakan teknik rumah kaca. Sebab itulah harga nenas ini boleh mencecah sehingga RM55,000 sebiji.

3Mangga Northern Territories – RM10,000

via Saveur

Di Australia, bagi menghormati peladang mangga yang bekerja di bahagian Northern Territory, setiap tahun akan diadakan acara lelongan melibatkan hasil tanaman mereka sebagai acara amal.

Menurut Fresh Plaza, buah mangga itu dilelongkan dalam kuantiti satu talam dan rekod jualan tertinggi dipegang dalam acara tahun 2012 pada harga RM138 ribu bagi satu talam mangga yang berisi 14 buah biji. Boleh kata RM10,000 sebiji.

4Tembikai Susu Yubari – RM122,000

via Hokkaida News

Tembikai Susu Yubari yang berasal dari Jepun pernah berjaya dilelong dengan harga RM122,000 dalam satu acara lelongan pada tahun 2018. Untuk pengetahuan anda, hanya 500 biji saja akan dihasilkan setiap tahun daripada 8 orang peladang yang beroperasi di Yubari, Jepun.

5Tembikai Densuke – RM25,750

via Quora

Tembikai Densuku mempunyai bentuk yang agak unit dan rasa yang sangat manis berbanding tembikai lain. Menurut Fresh Plaza, dalam satu acara lelongan pada tahun 2008, sebiji Tembikai Densuke berjaya mencecah harga RM25,750.

Fuh, amat menarik harga yang diletakkan untuk sesuatu buah yang disenaraikan. Sehinggakan harga berikut lebih kurang harga sebijik kereta di Malaysia.