Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

5 Filem Seram Thai Yang Confirm Akan Buat Anda Takut Nak Tidur Malam

by Naddy Joe
November 21, 2020
347
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut sahaja filem seram Thai, confirm sudah meremang kita dibuatnya dengan jalan cerita yang sangat menyeramkan boleh buat anda tidak tidur lena. Jadi di sini Murai My shortlist 5 filem seram Thai untuk tontonan anda pada hujung minggu ini. Stay tune guys!

Curses

Filem seram arahan Jit Kamnoedrat ini dibahagikan kepada tiga kisah seram yang berlainan. Kisah pertama berjudul “Wicked” ini adalah kisah sewaktu pemerintahan King Rama VI yang menceritakan sebuah desa yang jauh di dalam hutan. Ia diganggu dengan peristiwa yang tidak dapat dijelaskan dipercayai disebabkan oleh sumpahan…Sumpahan apakah yang dimaksudkan?

Kisah seram yang kedua berjudul “Tattoo” ini mengisahkan sumpahan kejam yang disulam melalui dakwat ke dalam kulit mangsa, dan memaksa mereka untuk membawa sumpahan itu sehingga mereka mati..

Kisah seram yang ketiga yang berjudul “Wife’s Curse” ini mengisahkan seseorang yang telah mengumpulkan sumpahan sehingga tidak dapat kembali, yang tiada satu pun perbuatan baik yang dapat menghapuskan sumpahan itu. Takdirnya akan ditentukan oleh sumpahan tersebut..

YouTube video

Reside

Filem arahan Wisit Sasanatieng ini mengisahkan 6 orang yang berkumpul di sebuah rumah agam diketuai oleh “ibu”, melakukan ritual misteri dengan sekujur tubuh yang tidak diketahui. Mereka juga tidak mengetahu bahawa ianya akan memanggil semangat yang berkeliaran untuk masuk ke dalam kediaman mereka.

Semangat yang menakutkan itu akan merasuki setiap ahli yang ada situ dan tiada siapa yang tahu siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya…Kenapa semangat tersebut menghantui mereka? Adakah disebabkan oleh dendam?

YouTube video

3 A.M – Part 3

Filem seram 3 A.M-Part 3 ini dibahagikan kepada 3 kisah. Kisah yang pertama berjudul “Expressway” ini mengisahkan Pim yang setiap malam akan memulakan shifnya dalam kebosanan. Beliau bekerja sebagai pekerja kaunter tol. Beliau seorang yang ketagih dengan media sosial sentiasa akan melakukan post dan memberikan komen dalam media sosial beliau. Namun, suatu perkara aneh terjadi kepadanya semasa beliau sedang bertugas. Pim diganggu oleh roh jahat yang ingin mencabut nyawanya. Adakah beliau akan selamat?

Kisah yang kedua berjudul “One Night Stand” mengisahkan Tan, seorang pelukis. Beliau juga mempunyai seorang bekas kekasih bernama Oil. Walaupun  mereka sudah tidak lagi bersama, Oil tetap tidak berputus asa untuk memulihkan semula hubungan mereka. Suatu hari ketika berada di dalam bar, Tan secara tidak sengaja telah bertentang mata dengan seorang wanita misteri yang dikenali sebagai Napas.

Sejak itu, Tan menjadi tidak keruan sehingga membuatkan beliau melukis wajah Napas dimana-mana sahaja. Hasrat Tan untuk mendekati Napas tercapai dan beliau mengekori Napas pulang ke rumahnya. Namun, terdapat sesuatu yang pelik mengenai Napas mula diketahui Tan dan membuatkan Tan mula berasa sangsi. Adakah Napas itu wujud?

Kisah ketiga yang berjudul “TV Direct” mengisahkan mengenai sebuah set penghambaran yang menyeramkan. Pelbagai kisah misteri mula tersingkap. Bermula dengan usikan, serta penampakan makhluk yang menghuni di situ, krew penggambaran disitu mula mencari jalan untuk melarikan diri. Ditambah pula sikap pengarah yang begitu tegas, membuatkan mereka terpaksa meneruskan penggambaran sehinggalah menemui pengakhiran yang menyayatkan hati. Adakah mereka akan selamat?

YouTube video

Love Rain 

Filem arahan Pirun Anusuriya ini mengisahkan Gab yang bekerja sambilan sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka . Beliau terserempak dengan Som pada waktu yang sama pada setiap malam. Setelah menemuinya dalam keadaan basah kuyup di kedai, Gab menyedari bahawa Som telah mengikutinya dan hanya Gab yang boleh berkomunikasi dengannya. Ingin mengetahui apa yang terjadi kepadanya, Gab mula menyiasat kehidupan Som dan mencari cara untuk membantu Som.

https://www.youtube.com/watch?v=r_iySxQ6Fjg

Net I Die

Filem arahan Preedee Veeratum dan Nuttachai Jiraamont ini mengisahkan setelah setahun kematian misteri Net Idol terkenal negara iaitu Monica, video kematiannya menjadi tular di dalam talian. Turut dilampirkan pada video tersebut adalah hashtag yang mengerikan, menyenaraikan nama-nama beberapa Net Idol yang lain. Dan salah satu nama tersebut adalah Malisa, seorang pemilik jenama mekap yang terkenal, mula mengalami kejadian aneh.

Orang lain yang telah ditag mula mati seorang demi seorang yang mana membuatkan Jak iaitu teman lelaki Malisa mula untuk mengetahui kebenaran di sebalik apa yang telah berlaku. Adakah mereka dapat hidup?

YouTube video

Jadi bagaimana? Anda sudah bersedia untuk takut nak tidur lepas tengok movie seram Thai? Jom Movie!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
https://lomp.at/n731f
Share139Tweet87SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem